[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 31, 2018

Filled Under:

“Wah! Pandainya dia…” – Fasih berbahasa Mandarin, anak Nabil Ahmad dipuji netizen


Selebriti Malaysia bukan sahaja mendapat perhatian orang ramai, malah anak selebriti juga sering menjadi bualan masyarakat. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mungkin sedikit sebanyak perangai anak akan dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya.
Pasangan selebriti popular, Nabil Ahmad dan isteri Nazirah Ayub atau mesra dengan panggilan Zira dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat comel iaitu Naira Mikayla, 6 tahun dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Menariknya anak sulung pasangan Nabil iaitu Nayra menjadi perhatian ramai apabila dia fasih berbahasa Mandarin. Terbaru, Zira telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya yang melihatkan Nayra mempromosikan produk keluarannya sendiri iaitu Zoud Bengkung.
Video berdurasi seminit itu melihatkan kelincahan Nayra yang fasih berbahasa Mandarin untuk menjual produk ibunya iaitu Zoud Bengkung. Nayra juga menunjukkan cara pemakaian bekung dengan betul dan tepat.
Meskipun video tersebut mempromosikan jualan bekung, namun Nayra yang fasih berbahasa Mandarin itu pula mendapat perhatian netizen. Mereka telah ‘terpaku’ dengan gaya dan intonasi bahasa Mandarin Nayra meskipun dia masih kecil (6 tahun).

Wah! Pandainya cakap Mandarin.

Comel!

“Senang nanti cari kerja…”

Keluarga bahagia.



Naira Mikayla dan Leyla Medyna yang comel.


Jom lihat video penuh di bawah
Sumber : Nabil  / Ohmymedia
Kredit : berita steady
Sumber : medialetop





0 comments:

Post a Comment