[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 31, 2018

Filled Under:

Dulu Abah tidurkan Uncle Rahim kat opis, Setakat anak abah ni apalah sangat. Aksi Jep buat netizen terhibur


Sejak menimang cahaya mata sulungnya, pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu sering kali memuat naik gambar anaknya itu di laman media sosial.
Dah nama pun pelawak, unsur-unsur jenaka harus diselitkan menerusi kapsyen apabila berkongsi gambar puteri sulungnya iaitu Dariya Inara buat pengikutnya di laman Instagram.
Terbaru, suami kepada pelakon Sari Yanti itu dengan nada bergurau berkata, tugas menidurkan anak merupakan sesuatu yang mudah, apatah lagi sering menidurkan rakan penyampainya, Rahim Sepahtu di konti radio.
“Setakat tidurkan Dariya ni apalah sangat. Abah kat office tidurkan uncle @rahimr2 nakk. #anakabah @sariyanti @dariyainaraofficial,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Pengakuan melucukan berkenaan menarik perhatian peminat pasangan suami isteri ini untuk memberikan komen yang rata-rata terhibur dengan kapsyen tersebut.
Kapsyen selalu ‘win’!

Bab ‘membahan’ nombor satu!
Terdahulu, Sari selamat melahirkan bayi perempuan pada 25 April lalu di sebuah hospital swasta. Pada perkahwinan sebelum ini, dia mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumber : Jep Sepahtu via citemalaya





0 comments:

Post a Comment