Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat geli hati apabila anggota parlimen BN dan PAS melangkah keluar dewan untuk membantah pelantikan speaker.
Dr Mahathir yang kembali ke parlimen pagi ini selepas lebih sedekad berundur sebagai perdana menteri, tersenyum apabila anggota parlimen pembangkang menjerit dan membuat bising.
Pada satu ketika, Dr Mahathir malah membuat ekspresi muka mengejek dan seperti menggalakkan anggota parlimen pembangkang terus membuat bising.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang duduk di sebelahnya turut kelihatan tersenyum melihat gelagat anggota parlimen pembangkang.
Pembangkang yang keluar dewan mendakwa pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof tidak mengikut peraturan Dewan Rakyat.
Peruntukan 4(1) memerlukan nama calon speaker diserahkan 14 hari sebelum parlimen bersidang kali pertama.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Mahathit menegaskan nama Ariff diserahkan kepada Dewan Rakyat pada 2 Julai, iaitu menepati peraturan 14 hari berkenaan.
Speaker Dewan Rakyat yang baru dilantik, Datuk Mohamad Ariff Yusof berikrar akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
“Saya akan berusaha melaksanakan tugas saya dengan sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar untuk memelihara, memartabat maruah dewan yang mulia ini.
“Saya juga akan bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan yang berhormat sekalian berusaha ke arah meningkatkan lagi wibawa institusi parlimen negara kita, supaya budaya demokrasi berparlimen negara kita bertambah berkesan, adil dan saksama,” katanya dalam kenyataan.
Hakim bersara itu berkata persidangan Dewan Rakyat kali ini menempa sejarah kerana kali pertama sejak peralihan kuasa berlaku dengan penuh aman.

“Ini bukti keampuhan sistem demokrasi berparlimen kita untuk menangani perbezaan dan perselisihan yang sudah pasti wujud dalam mana-mana negara, lebih-lebih lagi dalam negara kita yang bernilang kaum dan pegangan ini.
“Kini perhatian dunia tertumpu kepada Dewan Rakyat ini sebagai ruang untuk mengurus kepelbagaian yang wujud di dalam negara kita dengan cara yang tertib dan mengekalkan keamanan,” katanya.
Mohamad Ariff Yusof, 69 dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang kesembilan hari ini dan merupakan calon tunggal yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulkan pencalonan Mohamad Ariff sejurus persidangan Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi ini. Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun pelantikan Mohamad Ariff menerima bantahan daripada pembangkang yang bertindak keluar dewan beberapa minit selepas anggota parlimen duduk di kerusi masing-masing.
Mereka berpendapat pelantikan itu tidak mengikut peraturan dewan mesyuarat yang seharusnya mengikut peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat.
INI RESPON BALAS KJ SELEPAS DILABEL SEBAGI `TANGGANG` OLEH VETERAN UMNO

Anggota Parlimen Rembau menafikan beliau adalah “si Tanggang” dalam Umno susulan tindakannya mengkritik Umno.
“Tak apalah sekarang ini kita sudah (ada) Umno yang lebih terbuka dan pemilihan parti pun semua ahli kata Umno lebih terbuka semuanya,” katanya kepada media di lobi parlimen, hari ini.
Khairy berkata tindakannya itu tidak melampaui batas kerana ia merujuk keterbukaan kepada Umno.
Beliau juga memaklumkan masih menjadi anggota Umno.
“Saya tak melampaui batas, saya masih mengikut disiplin Umno tetapi apabila pandangan saya perlu dikemukakan, saya rasa keterbukaan baru saya rasa tak ada masalah, saya masih lagi umno saya tak kemana-mana,” kata Khairy yang dikenali sebagai KJ.
‘Gagal berperanan sebagai menteri’
Sebelum ini Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub menggelarkannya sebagai Si Tanggang kerana lantang mengkritik pemilihan parti, lapor Sinar Harian.
Mustapha berkata Khairy perlu melihat diri sendiri selepas gagal berperanan sebagai menteri belia dan sukan ketika era pentadbiran BN sbelum PRU14.
Khamis lalu, Khairy melalui hantaran Twitternya menyifatkan Umno masih berada di takuk lama dengan sentimen perkauman dan tetap mempertahankan bekas presidennya yang didakwa atas kes rasuah dan pecah amanah.
“Sejak selesai pemilihan Umno, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan presiden dan ulang semula.
“Tidak salah kita bersolidariti dengan Datuk Seri Najib tetapi masakan itu sahaja Umno ‘baharu’?
“Sudah kena pukulan maut semasa PRU14, masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya.
‘Melayu ditakut-takutkan’
Tambahnya, Umno tidak mampu menang pilihan raya jika masih memainkan sentimen kaum berbanding isu yang lebih serius termasuk ekonomi dan sosial.
KJ berkata beliau tidak percaya memainkan isu kaum, berhubung pelantikan tokoh bukan Melayu dalam kerajaan akan memberi kelebihan kepada Umno.
Jika Melayu ditakut-takutkan dengan pelantikan Tan Sri Richard Malanjum atau Tommy Thomas, katanya, “lupakan sahaja impian menawan semula Putrajaya.”
“Keresahan Melayu memang ada tetapi perkara ini kecil berbanding isu ekonomi, sosial dan lain-lain,” kata KJ dalam ciapannya di Twitter.
Sumber : citemalaya
0 comments:
Post a Comment