Sidang Dewan Rakyat kecoh ketika sesi pencalonan Speaker Dewan Rakyat yang baharu pada pagi ini disusuli dengan ahli parlimen pembangkang bertindak untuk keluar dewan.
Ia sebagai protes kepada perlantikan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini, menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Perlantikan beliau disahkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah kerana hanya satu nama yang diterima untuk perlantikan jawatan tersebut.
Ketika itu, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada ‘Point of Order’ namun proses perlantikan tetap diteruskan.
KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman menjadi dua ahli parlimen pembangkang yang kekal di dalam Dewan Rakyat apabila kesemua ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain keluar dewan bersama ahli parlimen PAS sebagai tanda protes proses perlantikan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Kekecohan timbul apabila usul perlantikan Speaker dilakukan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan memanggil “point of order” beberapa kali sewaktu Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah membacakan prosedur sebelum usul perlantikan Speaker Dewan Rakyat dilakukan.
“Kami tidak menolak calon Speaker, tetapi kami menolak cara proses pelantikan speaker berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1) Dewan Rakyat,” Takiyuddin, yang mewakili pembangkang di Dewan Rakyat, memberitahu pemberita ketika di luar dewan.
Ahli parlimen pembangkang kemudian dilihat meninggalkan dewan, dengan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan antara yang dilihat berada di lobi Parlimen kemudian.
SUMBER : Astro Awani
sumber video: bhonline via tvbulan
0 comments:
Post a Comment