[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Tuesday, July 17, 2018

Filled Under:

Sila Duduk Dan Jangan Lari – YDPA


Istiadat Pembukaan Penggal Majlis Parlimen Malaysia ialah istiadat yang secara rasmi menandakan permulaan penggal Parlimen. Ia termasuk ucapan dari takhta yang dikenali sebagai Titah Ucapan Diraja. Istiadat Pembukaan Parlimen adalah satu majlis yang mempunyai sedikit kemiripan dengan Pembukaan Sidang Parlimen di United Kingdom yang menzahirkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara untuk merasmikannya.
mempamerkan sejarah, budaya dan politik kontemporari British untuk orang ramai dan penonton televisyen. Di Malaysia, Pembukaan Sidang Parlimen dilakukan setiap tahun (kecuali ketika parlimen telah digantung/dibubar) oleh Yang di-Pertuan Agong.
Berbeza dengan United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel yang menyaksikan Majlis Pembukaan berlaku di ruang Dewan Pertuanan, di Malaysia, Istiadat Pembukaan Parlimen berlaku di Dewan Rakyat.
Masih segar dalam ingatan kebanyakan orang, insiden anggota parlimen (MP) BN meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam.
Hari ini kejadian itu mendapat tempat secara spontan dalam istiadat perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Sebelum menyampaikan ucapan pembukaan sidang baru parlimen di Kuala Lumpur hari ini baginda secara bersahaja bertitah mengingatkan semua MP agar tetap berada di tempat masing-masing.
“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekelian.
“Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda dengan senyum lebar sebelum duduk mengambil tempat.
Titah bersahaja itu disambut dengan ketawa orang yang mengikuti sidang berkenaan.
Sultan Muhammad V hari ini merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14.
Baginda tiba di parlimen kira-kira jam 10 pagi dan disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sultan Muhammad V juga disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
[Berita lanjut menyusul]
Video:
“Lu jangan peduli, Mr Keri”
Dilihat sekali lagi menongkah arus perdana dalam partinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar – dan kali ini disertai Datuk Seri Anifah Aman – tetap mendapat pujian atas keberanian mereka kekal dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
Kata bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) Mustapha Kamil Mohd Janor kedua-dua bekas menteri BN itu tidak perlu mengendahkan kemarahan yang ditujukan kepada mereka.
Malah katanya dia sendiri faham Khairy dan Anifah memang tidak senang dengan bekas presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak.
Menjelaskan kenyataan itu Mustapha Kamil mendakwa ketika dia masih bertugas di NST, Anifah pernah merungut kerana sukar menjawab isu 1MDB apabila isu itu ditanyakan orang ramai.
Justeru Mustapha Kamil menasihati Khairy supaya tidak gentar atau mengendur daripada sikap yang diambilnya sekarang.
Lu jangan peduli Mr Keri. Dia sapa nak warning-warning lu? Zahid presiden pun tak cakap banyak… Mat Bugis lak nak tambah-tambah kuah,” katanya merujuk kepada dua tokoh kanan dalam Umno ketika ini, iaitu presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Najib sendiri.
Untuk rekod Ahmad Zahid dilantik majoriti bahagian Umno di seluruh negara mengetuai parti terbabit dalam pemilihan akhir bulan lalu.
Tergeheh-hegeh di situ
Najib pula sudah meletakkan semua jawatannya dalam parti di peringkat pusat, namun masih kekal sebagai ketua Umno Pekan, serta penyandang kerusi parlimen itu.
Semalam semua anggota parlimen (MP) BN – disertai PAS juga – meninggalkan Dewan Rakyat kerana membantah pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker.
Mereka menegaskan langkah itu bukan bermakna mereka tidak bersetuju Mohamad Ariff dilantik sebaliknya cara proses itu dijalankan.
Bagaimanapun Khairy dan Anifah kekal di tempat masing-masing. Khairy kemudian menjelaskan langkah meninggalkan sidang bukanlah cara yang betul untuk menyatakan bantahan.
Anifah pula berkata beliau berpendapat bantahan sudah disuarakan namun tidak perluuntuk MP meninggalkan tempat masing-masing.
Najib – yang sebelum ini pernah mengisyaratkan dirinya sebagai pendekar Bugis – dilaporkan meminta Khairy serta Anifah membuat penjelasan mengenai tindakan mereka enggan keluar dari dewan bersama-sama.
Kata Mustapha Kamil, Khairy dan Anifah tidak perlu bimbang dan jika keadaan memerlukan mereka boleh meninggalkan Umnno.
“Sebab selagi Mat Bugis tu ada terhegeh-hegeh kat situ, parti tu lebih kurang parti Tupperware je,” katanya bersahaja.

Parti Tupperware merujuk kepada amalan sesetengah orang – terutama wanita – berkumpul beramai-ramai untuk urusan jual beli barangan dengan label Tupperware


Sumber : citemalaya




0 comments:

Post a Comment