[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Saturday, July 14, 2018

Filled Under:

“Saya Takkan Tinggalkan Dia,Saya Sayangkan Suami Saya Dan Akan Menjaga Dia Sepanjang Hayat Saya”. -Tahniah!! Kamu Telah Menaikkan Martabat Seorang Isteri…Kebanggaan Seorang Suami.


Meskipun keadaan suaminya semakin teruk, namun Nurr Hidayah Hassan, 29, tidak akan sesekali meninggalkan suaminya, Hamdan Hashim, 30, yang menghidap penyakit Johnson Steven Syndrom, dan akan menjaganya sehingga ke akhir hayat.
“Doktor beritahu suami tidak boleh sihat seperti dulu, matanya sekarang sudah tidak nampak lagi. Dia hanya boleh mendengar,” katanya yang juga memberitahu suaminya menghidap penyakit berkenaan sejak awal tahun ini.
Menurut Nurr Hidayah, semuanya bermula ketika suaminya bekerja di stor kilang pakaian di Melaka.
“Pada asalnya selepas bekerja di stor kilang pakaian, suami saya sakit mata dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor beri ubat mata dan pil bagi meredakan sakit di matanya.
“Bagaimanapun, kurang dari 24 jam, mata dan mulut suami bengkak sebelum saya bawa dia ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
“Selepas suami diberi makan antibiotik kerana doktor mendakwa dia sakit cacar air, penyakit suami menjadi semakin serius dan teruk kerana kulit bertukar menjadi seperti melecur dan berdarah. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sebulan.
“Saya sedih melihat keadaannya ketika itu, tetapi sebagai isteri saya perlu kuat,” katanya.
Menurut Nurr Hidayah, dia dan suaminya kini menumpang teduh di rumah neneknya, di Kampung Morten. Nurr Hidayah berniaga secara online separuh masa bagi meraih pendapatan, manakala suaminya tidak dapat bekerja kerana doktor mengesahkannya menghidap penyakit berkenaan sehingga mengakibatkan penglihatan suaminya tidak jelas.
“Mata kanan suami tidak dapat diselamatkan kerana sudah ada selaput yang menghalang dan dia tidak nampak. Namun doktor cuba memulihkan mata kiri yang kabur. Oleh kerana tidak dapat melihat, suami hanya akan mendengar radio sepanjang hari dan saya menemaninya serta membantu untuk menguruskan dirinya,” katanya.
Difahamkan, gambar Hamdan dalam keadaan menderita itu juga turut tersebar di media sosial sehingga pasangan itu menerima komen-komen negatif dari netizen.
“Ada yang suruh saya bercerai dan sebagainya. Tetapi saya sayangkan suami saya dan akan menjaga dia sepanjang hayat saya.
“Susah senang saya mahu bersamanya dan akan sedaya upaya mencari jalan untuk dia pulih,” katanya yang sudah tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan Hamdan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan, boleh salurkan ke akaun Maybank Hamdan bin Hashim di nombor akaun 1040 6829 6200.
Sumber : exora maroon via paduseyh





0 comments:

Post a Comment