Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menganggap kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang sudah semakin melampau, terutama sewaktu berdepan dengan pengkritik mereka.
Menurut bekas anggota parlimen Temerloh itu, jika sebelum ini HARAPAN memperjuangkan hak kebebasan bersuara, kini gabungan terbabit bertindak sebaliknya.
Malah kata Nasrudin pemimpin kerajaan mula menunjukkan sifat sebenar mereka apabila berkuasa.
” Dah mula naik tocang! Mabuk dalam kuasa baru,” tulisnya melalui kemas kini hantaran di Facebook.
Mengiringi kenyataan tersebut ialah pautan kepada berita disiarkan Malaysiakini semalam.
Laporan tersebut memetik pandangan seorang wakil rakyat PKR mengenai kenyataan Nasrudin berhubung pelantikan individu bukan Islam mengisi tempat penting dalam sektor perundangan negara.
Menurut Gooi Hsiao Leung tiada tempat bagi pemimpin PAS seperti Nasrudin di negara ini kerana mengamalkan budaya politik agama dan perkauman.
Dah mula tunjuk taring, sergah sana-sini
Menurut anggota dewan undangan negeri Bukit Tengah, Pulau Pinang itu Nasrudin ada “niat yang jelas untuk menyemai kebencian kaum dan agama” di negara ini dengan membuat kenyataan mengenai pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara dan Liew Vui Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri di bahagian undang-undang.
” Ini adalah menyalahgunakan kebebasan bersuara, menyalahi undang-undang dan kata-katanya yang berniat jahat harus dikutuk sekeras-kerasnya.
” Tiada asas untuk mengatakan tokoh-tokoh yang dihormati itu akan berprasangka atau bertindak secara tidak adil terhadap umat Islam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka” jelas Gooi.
Nasrudin berkata selepas memperoleh kuasa HARAPAN kini tidak lagi membenarkan pihak yang tidak sependapat dengan mereka menyatakan pandangan.
” Apabila dah jadi kerajaan, mula tunjuk taring dan sergah sana-sini.
” Ermmm, tidak ku rasa gerun walau guruh berdentum-dentam” tegasnya.
-malaysiakini via malaysiaunited
0 comments:
Post a Comment