[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Tuesday, July 17, 2018

BOMOH GATAL KANTOI ‘RAWAT’ PESAKIT DENGAN B0G3LK4N DAN KOREK KEMALUAN MANGSA


Sudah banyak kes melibatkan bomoh, tapi masih juga ada yang percaya dengan rawatan mereka ini yang lebih banyak auta dari menyembuhkan penyakit! Hmm dah tak tahu nak cakap apa…
Baru-baru ini, seorang lelaki yang kononnya mengaku sebagai bomoh telah ditahan selepas dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap tiga orang perempuan di Bintulu, lapor Malaysian Digest.
Suspek yang berusia 60 tahun dan tidak memiliki sebarang pekerjaan tetap dipercayai telah merawat tiga remaja perempuan iaitu seorang daripadanya berusia 11 tahun dan dua orang adik beradik, masing-masing berumur 15 dan 17 tahun.
Menurut bomoh tersebut, remaja-remaja itu perlu ‘dirawat’ bagi menghilangkan pelbagai masalah di dalam diri mereka. Ye lah tu ada masalah…
Gambar hiasan
Kejadian yang berlaku di sebuah rumah kuaters yang menjadi tempat suspek menjalankan rawatan itu bermula apabila dia mula memb0g3Lk4n mangsa dan seterusnya memasukkan jari dan mengorek kemaluan mangsa ketika melakukan rawatan. Jijiknyaaa!
Gambar hiasan
Pun begitu, segala tindakan suspek terbongkar selepas salah seorang mangsa memaklumkan kepada bapanya akan kelakuan jijik suspek ke atasnya. Bapa mangsa yang berang telah bertindak memukul suspek sehingga lebam sebelum seterusnya membawa bomoh jadi-jadian itu ke balai polis.
Berikutan penahanan suspek, pihak polis juga telah mendedahkan perbuatan yang sama dilakukan suspek terhadap dua lagi mangsa pada 2 September dan 10 September lalu. Makin menjadi-jadi perangai bomoh ni!
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 12 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Berkali-kali dah diberi peringatan, jangan percaya sangat dengan bomoh. Kalau boleh masa rawatan, elok penjaga duduk sekali dengan pesakit dan bomoh untuk pantau apa yang mereka lakukan.
Sumber: lobakmerah via dahkebelum



ANAK LELAKI MUDA INI MEMBAWA GENDANG DI BELAKANGNYA-APA YANG BERLAKU SETERUSNYA ADALAH LUAR BIASA!!


Jika anda suka melancong, anda mesti kenal dengan pelbagai persembahan jalan di seluruh dunia. Di Chile, adalah perkara biasa untuk melihat banyak ‘chinchinero’ di jalan-jalan.
Chinchineros adalah penghibur jalan bandar yang bermain bass drum dan simbal di mana kedua-duanya dibawa seperti ransel di belakang mereka.
Tali yang dilekatkan pada kakinya berfungsi seperti pedal untuk cymbal manakala tangan mereka memukul drum bass dengan dua drumsticks, satu drumstick di setiap tangan.
Kanak-kanak ini sudah bersedia untuk menunjukkan kemahirannya
Seperti budak lelaki dalam video itu, dia akan memainkan instrumen sambil menari dan berputar di hadapan penonton sambil memukul irama percussive dari instrumennya.
Sudah tentu kemahiran yang unik untuk bermain kedua-dua cymbal dan bass bass pada masa yang sama!
Tonton prestasi penuh budak berbakat ini sebagai chinchinero
Kredit: http://en.goodtimes.my
Sumber : dahkebelum



INI RESPOND TUN MAHATHIR BILA DITANYA TENTANG PEMBUKAAN AGONG YANG MINTA SEMUA JANGAN LARI


KUALA LUMPUR: Masyarakat berbilang kaum di Malaysia wajar mengamalkan pendekatan bersederhana dalam pelbagai perkara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri ketika menitipkan pesanan itu berkata ia seiring mesej disampaikan menerusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika majlis pembukaan Parlimen Ke-14.
Dr Mahathir berkata, pendirian sama turut terpakai dalam soal polemik membabitkan agama yang sering menjadi faktor perselisihan faham antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
“Mesejnya ialah supaya dalam semua perkara kita harus sederhana dan bertimbang rasa terhadap agama lain.
“Mereka juga harus hormat agama kita. Kalau kita mula cabul agama lain, maka kita akan terima padahnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

“Siapa yang makan cili, dia rasa pedas”

Mengulas titah Sultan Muhammad yang berbaur sindiran, Dr Mahathir menyifatkan: “Itu jenaka jenaka baginda. Siapa yang makan cili, dia rasa pedas”.
Menyentuh perkembangan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Dr Mahathir berkata, ia berbeza dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang menjadi punca peningkatan harga di pasaran.
Sehubungan itu, katanya, langkah utama yang perlu dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah menarik balik perundangan GST di Parlimen.
“GST kita sudah umum berkadar sifar, justeru langkah sekarang adalah memastikan Parlimen menarik balik perundangan itu.
“SST berbeza kerana kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai. Berbanding GST, ia cukai nilai tambah. “Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya.
SUMBER : BHARIAN ONLINE
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan teguran spontan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum ucapan pembukaan istiadat perasmian sidang Parlimen, sebagai jenaka.
 “Sila duduk dan jangan lari”
Pagi tadi, baginda bertitah dengan senyum lebar supaya Ahli Parlimen duduk dan tidak lari.
Ini susulan insiden tindakan MP BN dan PAS meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam



5 Tahun Saya Tanggung Biaw4k Hidup Nak Berpisah Fikirkan Anak Kecil. Luahan Isteri


Assalamualaikum admin dan semua. saya nak mintak pendapat semua, saya dah tak tahan ni, menaip pun dalam keadaan yg sedih huhu maaf jika penulisan saya caca marba hati saya mendidih je skang ni tgh tengok suami saya tido, Dan takde usaha nak pergi keje. Suami saya buat grab je.
Saya dah berkahwin selama 5 tahun Dan dikurniakan dgn 2 org anak. Masalahnya Suami saya solat tak nak, kerja pun tak nak, ikot kepala dia je, Rasa nak keje, keje, kalau tak nak, tido je kejenya, anak makan apa, anak ok ke tak, kerja2 rumah semua tak pedulikan, semua saya uruskan.. agak2 dia rasa nak bangun tido, baru lah bangun, anak menangis kat tepi dia pun buat tak tau je.. anak lapa ke menangis ke, dia buat dek je.. Alasan takde duit. semua emas saya dah dia pajak, takde Satu emas pun yg tinggal.. padahal sihat walafiat je dia. saya hampir meroyan masa pantang anak ke2. Satu bende pun tak boleh tolong, mandikan anak yg sulung pun, agak2 dia bangun tido, kul 12 pm baru nak mandikan. itu pun lepas mintak tlg.
nasib baik anak saya hidup lagi..tak kan saya nak biarkan anak saya tak terurus mcm tu.. tak pernah Satu Sen pun dia keluarkan untuk saya masa dlm pantang..tengok2 Kan saya pun tidak.. masa duduk rumah sewa, saya yg bayar duit rumah, bayar hal2 pantang, makan saya, anak2, dengan dia sekali lah.. lepas Tu kitaorg kene halau sbb tak bayar sewa.. mcm mana nak bayar, gaji saya 2k pun tak sampai..sekarang, tumpang rumah mak ayah saya.. Allahuakbar, yg paling memalukan, sudahlah menumpang rumah mak ayah saya, mak saya kejut bangun pegi solat jumaat, dia buat tak tau je, tido je dlm bilik.. kalau kat rumah mak dia, pandai pulak cover line.. setiap Kali solat, saya doa agar dia berubah, at least tanggungjawab dia pada Allah.
tanggungjawab dekat saya ni jangan ckplah, nafkah apa semua kirim salam je la.. nasib baik saya bekerja.. Tu takpe lagi, anak2 punya pampers dan Susu pun baru berapa bulan ni dia yg belikan, itu pun lepas saya paksa.. hal2 lain semua saya settle.. ya Allah, malunya saya dgn family saya, bangun lambat, kejut solat tak bangun, tlg buat keje rumah, Jaga anak pun tidak.. hanya tau tido, keluar buat grab, balik tido, Tanya Ada makan apa huhu.. Satu Sen pun dia tak pernah hulur kat rumah ni, tak pernah Tanya apa2 pun.. dia buat dek je.. huhu.. kadang Tu saya Rasa nak marah maki hamun suami saya mcm mana dia buat saya, tapi saya sabar lagi.
takut dah tak boleh sabar je ni.. saya ni dah byk Kali kene sepak terajang, time mengandung, time pantang semua dah pernah Rasa, smp koyak2 mulut, yg saya kesiankan anak2 saya huhu Allahuakbar, saya Rasa nak pergi pejabat agama je, saya tak tahan sgt mcm ni.. saya tak boleh nak bagitahu parents dia, saya sayang mak ayah mertua saya, sgt2 baik orangnya..saya tak nak dorang susah hati. tolonglah kawan-kawan, apa yg patut saya buat.

Sumber : mamakusyg



CARA KILATKAN LAMPU KERETA YANG DAH KUNING DENGAN BAJET BAWAH RM15. TERUS NAMPAK BARU!


“Ha, barulah bersinar sikit kereta aku lepas cuci ni. Tapi yang tak bestnya, lampu depan tu tetap jugak nampak kuning. Ada ke cara nak bagi berkilat ye?”
Pemilik kereta di Malaysia tentu dah cukup ‘masak’ dengan masalah ini. Yalah, asyik terdedah pada hujan panas, bahagian luaran kereta akan menjadi kusam, terutamanya bahagian lampu depan (headlight).
Bila dimakan tahun, lapisan coating, wax atau sealant yang melindunginya semakin menipis atau tertanggal. Maka, terjadilah proses pengoksidaan sehingga terdapat kesan kekuningan pada lampu tersebut. Ia bukan saja menjadi kurang cantik, tapi juga kabur dan boleh membahayakan keselamatan pemanduan, terutamanya pada waktu malam sebab lampu boleh menjadi kurang terang.
Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati kerana saudara Khairul Anwar Tumingan sudi berkongsikan tips ini kepada kami. Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

Cara Kilatkan Lampu Kereta Yang Dah Kuning. Bajet Bawah RM15, Terus Nampak Baru!

Hari ini saya nak share macam mana saya gilap headlight yang dah kuning dan kusam dengan modal tak sampai RM15.
Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan produk yang boleh digunakan. Tapi apa yang saya kongsikan ini antara cara yang paling berhasil yang pernah saya cuba. Yang penting, kena gigih sikit menggosok ya!
*ini untuk headlamp plastik sahaja
Bahan yang saya gunakan adalah:
  • Kertas pasir gred 600
  • Kertas pasir gred 1000
  • Autosol metal polisher (Boleh cari di kedai hardware. Harga sekitar RM8 – RM12)
Inilah 3 bahan yang digunakan. Modal keseluruhannya tak sampai pun RM15. Ok, jom kita tengok cara-caranya pula.
Gambar di atas ni adalah lampu asal yang dah menjadi kekuningan dan kabur.

1. Buang Lapisan Kuning Dengan Kertas Pasir Gred 600

Mula-mula, ambil kertas pasir gred 600 untuk buang lapisan kuning dan kabur.
Gosok dengan menggunakan air. Masa ni nampak kesan kotor dan kuning tu tertanggal.

2. Lap & Keringkan

Setelah gosok, lap dan keringkan. Pastikan kesan kuning dah berkurangan.

3. Gosok Dengan Kertas Pasir Gred 1000

Seterusnya, gosok dengan kertas pasir gred 1000 pula. Boleh juga nak gunakan gred 1500 atau 2000. Caranya sama, gosok dengan menggunakan air.

4. Lap & Keringkan

Lepas tu lap dan keringkan macam tadi.
Ini hasilnya selepas digosok dan dikeringkan sekali lagi.

5. Gilap Dengan Autosol Metal Polisher

Ini yang saya pakai, Autosol Metal Polisher. Picit sedikit pada lampu dan gosok menggunakan kain.
cara kilatkan lampu kereta
Tengok, ni baru gosok sikit dah nampak clear, kan?
Teruskan menggilap sehingga clear dan cerah.

Siap! Inilah Hasilnya…

Ini hasilnya setelah saya gilap lebih kurg 1/2 jam.
Berkesan, kan? Lampu kereta yang kekuningan tadi dah nampak macam baru. Memang berbaloi!
Tengok perbandingannya sebelum dan selepas saya kilatkan tadi.
Jadi lepas ini bolehlah kilatkan lampu kereta sendiri saja di rumah. Bahaya biarkan lampu kereta yang kusam dan kekuningan. Bila lampu kabur, takut orang lain tak nampak kita dengan jelas. Insha Allah boleh guna cara begini, mudah dan jimat.
Selamat mencuba!

**Cara kilatkan lampu kereta ini dikongsikan oleh saudara Khairul Anwar Tumingan. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Sumber : dahkebelum


Sila Duduk Dan Jangan Lari – YDPA


Istiadat Pembukaan Penggal Majlis Parlimen Malaysia ialah istiadat yang secara rasmi menandakan permulaan penggal Parlimen. Ia termasuk ucapan dari takhta yang dikenali sebagai Titah Ucapan Diraja. Istiadat Pembukaan Parlimen adalah satu majlis yang mempunyai sedikit kemiripan dengan Pembukaan Sidang Parlimen di United Kingdom yang menzahirkan kehadiran Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara untuk merasmikannya.
mempamerkan sejarah, budaya dan politik kontemporari British untuk orang ramai dan penonton televisyen. Di Malaysia, Pembukaan Sidang Parlimen dilakukan setiap tahun (kecuali ketika parlimen telah digantung/dibubar) oleh Yang di-Pertuan Agong.
Berbeza dengan United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel yang menyaksikan Majlis Pembukaan berlaku di ruang Dewan Pertuanan, di Malaysia, Istiadat Pembukaan Parlimen berlaku di Dewan Rakyat.
Masih segar dalam ingatan kebanyakan orang, insiden anggota parlimen (MP) BN meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam.
Hari ini kejadian itu mendapat tempat secara spontan dalam istiadat perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Sebelum menyampaikan ucapan pembukaan sidang baru parlimen di Kuala Lumpur hari ini baginda secara bersahaja bertitah mengingatkan semua MP agar tetap berada di tempat masing-masing.
“Tuan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tuan Yang Dipertua Dewan Negara dan ahli-ahli yang berhormat sekelian.
“Sila duduk dan jangan lari,” titah baginda dengan senyum lebar sebelum duduk mengambil tempat.
Titah bersahaja itu disambut dengan ketawa orang yang mengikuti sidang berkenaan.
Sultan Muhammad V hari ini merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14.
Baginda tiba di parlimen kira-kira jam 10 pagi dan disambut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sultan Muhammad V juga disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
[Berita lanjut menyusul]
Video:
“Lu jangan peduli, Mr Keri”
Dilihat sekali lagi menongkah arus perdana dalam partinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar – dan kali ini disertai Datuk Seri Anifah Aman – tetap mendapat pujian atas keberanian mereka kekal dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
Kata bekas pengarang kumpulan New Straits Times (NST) Mustapha Kamil Mohd Janor kedua-dua bekas menteri BN itu tidak perlu mengendahkan kemarahan yang ditujukan kepada mereka.
Malah katanya dia sendiri faham Khairy dan Anifah memang tidak senang dengan bekas presiden mereka, Datuk Seri Najib Razak.
Menjelaskan kenyataan itu Mustapha Kamil mendakwa ketika dia masih bertugas di NST, Anifah pernah merungut kerana sukar menjawab isu 1MDB apabila isu itu ditanyakan orang ramai.
Justeru Mustapha Kamil menasihati Khairy supaya tidak gentar atau mengendur daripada sikap yang diambilnya sekarang.
Lu jangan peduli Mr Keri. Dia sapa nak warning-warning lu? Zahid presiden pun tak cakap banyak… Mat Bugis lak nak tambah-tambah kuah,” katanya merujuk kepada dua tokoh kanan dalam Umno ketika ini, iaitu presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Najib sendiri.
Untuk rekod Ahmad Zahid dilantik majoriti bahagian Umno di seluruh negara mengetuai parti terbabit dalam pemilihan akhir bulan lalu.
Tergeheh-hegeh di situ
Najib pula sudah meletakkan semua jawatannya dalam parti di peringkat pusat, namun masih kekal sebagai ketua Umno Pekan, serta penyandang kerusi parlimen itu.
Semalam semua anggota parlimen (MP) BN – disertai PAS juga – meninggalkan Dewan Rakyat kerana membantah pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker.
Mereka menegaskan langkah itu bukan bermakna mereka tidak bersetuju Mohamad Ariff dilantik sebaliknya cara proses itu dijalankan.
Bagaimanapun Khairy dan Anifah kekal di tempat masing-masing. Khairy kemudian menjelaskan langkah meninggalkan sidang bukanlah cara yang betul untuk menyatakan bantahan.
Anifah pula berkata beliau berpendapat bantahan sudah disuarakan namun tidak perluuntuk MP meninggalkan tempat masing-masing.
Najib – yang sebelum ini pernah mengisyaratkan dirinya sebagai pendekar Bugis – dilaporkan meminta Khairy serta Anifah membuat penjelasan mengenai tindakan mereka enggan keluar dari dewan bersama-sama.
Kata Mustapha Kamil, Khairy dan Anifah tidak perlu bimbang dan jika keadaan memerlukan mereka boleh meninggalkan Umnno.
“Sebab selagi Mat Bugis tu ada terhegeh-hegeh kat situ, parti tu lebih kurang parti Tupperware je,” katanya bersahaja.

Parti Tupperware merujuk kepada amalan sesetengah orang – terutama wanita – berkumpul beramai-ramai untuk urusan jual beli barangan dengan label Tupperware


Sumber : citemalaya


Awek mabuk kat subway sampai buat cam ni… Semua Org Ternganga! Cepat Tengok!



Awek mabuk kat subway sampai buat cam ni… Semua Org Ternganga! Cepat Tengok! Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, lihat apa yang terjadi sebenarnya.
Bila kita mabuk kita tidak tau apa yang akan kita lakukan. Terutamanya kaum wanita mesti berhati-hati kalau nak minum kat luar, mesti ada teman yang boleh dipercayai ikut sama, kalau tidak nanti berlaku kejadian yang tidak diingini akan buat awak menyesal seumur hidup.
Alkohol yang terdalam dalam arak adalah sesuatu yang sangat serius dan berbahaya, walaupun ia tidak dirawat dengan cara ini lagi. Pelajar kolej telah mengambil minuman ke tahap baru di mana, bagi ramai, sangat menakutkan.
Alkohol adalah lebih berbahaya daripada yang ramai sangka. Ramai yang percaya bahawa alkohol mempengaruhi wanita lebih banyak daripada lelaki. Ini kadang-kadang mungkin kerana lelaki lebih besar daripada wanita tetapi pada masa yang sama, lelaki biasanya metabolisme lebih cepat apabila bermaksud bahawa mayat mereka dapat memecahkan toksin lebih cepat.
Kajian telah menunjukkan bahawa wanita lebih terdedah berbanding lelaki yang terlalu banyak akibat perubatan penggunaan alkohol.
Cuba lihat dalam video nie, ada seorang awek minum sampai mabuk dan tidak sedar diri, naik subway dan tiba-tiba muntah!! Alamak.. awek nie tak ada kawan ikut sama ke? Cam ni cam mana nak balik rumah.. tak ada kawan yang tolong.. Cepat tengok!!
Sila tonton video:

Sumber : blogterkini


Sayang Pergi Selamanya Sebab Aku Suami Yang Hina. Sebab Hentakan Lama Doktor Sah Kan Dia Pergi


Gambar Sekadar Hiasan
Aku tahu kenapa bini aku lari. Dulu aku jahat, tak kerja, bini aku senyum je pelihara biawak hidup. mak aku adik bradik aku semua benci aku, tapi bini aku tetap hormat dan sayang aku… bini aku sabar je aku maki aku pukul dia tak berenti doakan aku ajar aku solat ajaraku baca quran sampai aku jadi baik sikit la.
Bila aku jadi baik aku memang sayang sungguh kat bini aku ye la mak aku pun tak pernah paksa aku solat.. dulu mak aku pun tak pernah marah aku buat jahat, mak aku macam tak peduli dia buat kerja dia je.berniaga kedai makan sekarang bila aku dah baik sayang ank bini,rajin kemasjid,dan ada sikit rezki Allah bagi aku..mak aku pulak ambik peranan.dia ajar aku secara halus suruh aku benci bini aku aku tak perasan.
Sumpah aku ikut kata mak aku kata mak..kau jangan manjakan sangat bini malu kat orang dok tolong bini buat kerja rumah duit kau tu kau simpan.makan minum pakai la duit bini kau sudah la..duit kau jangan dok boros belanja.simpan bekalan kau tua esok2..padahal bini aku lah yang ada masa aku susah masa mak aku buang aku dulu sampai bini aku meninggal sebentuk cincin pun aku tak pernah beli untuk bini aku sepanjang kawin sampai lah dia meninggal… kenapa lah aku buta? kenapalah aku tak sedar semua tu?
Bila aku ada duit aku bagi bini aku sikit je kalau aku dapat untung 1000,aku pandai bagi bini 100 atau kadang 150 tu je.. tapi kat mak aku,aku bagi banyak sebab mak aku ni dia pandai bodek aku bila ada duit lepastu mak aku ni jenis ak boleh tengok anak laki dia sayang bini mak aku tahu aku suka pukul bini sebab depan mak bapak aku pun aku buat tapi mak aku tak pernah bertegas pun dengan aku dia macam seronok pula aku marah maki pukul bini aku..aku cukup berkira dengan bini dalam soal duit.padahal bini lah yang hari2 bagi makan pakai aku dengan titik peluh dia duit dia.tak pernah dia berkira.
Bila aku berduit aku kedekut.
Satu hari bini aku takde duit dan anak baru mula skolah biasa la rezki ada pasang surut.aku masa tu ada duit.korang tau tak.aku sikit pun tak hirau masalah bini aku.dengan anak nak skolah letrik bulan2 dah tak bayar.tak terdetik pun nak bayar.bila krang nak potong bil,bini aku lah yang bersusah cari duit..bil rumah mak aku boleh pulak aku bayar. aku tak hulur kat bini aku duit.tapi aku hulur kat mak bapak aku.padahal diorang dah berduit dan tak lah memerlukan sangat.mungkin bini aku terasa.2 3 bulan dia nak pergi tu dia layan aku biasa2 je.bila duit aku dah habis,dia dapat rezki banyak,dia dah tak hulur kat aku macam sebelumnya.
Dia banyak buat kerja sendiri.tak bincang dah dng aku.aku tak sedar yang dia tu berubah sebab aku.aku benci dia.selalu kata aku nak cari bini lain dah.aku kata aku benci kat dia.sampai lah dia dah pergi.dia meninggal dunia.dia meninggal secara mengejut.petang tu kami bergaduh.aku ni entah lah.bini aku buat dah betul tapi aku nampak jugak salah dia.aku maki dia.aku nampak dia menangis masa solat.malam nya lepas solat isya dia jatuh pengsan.Allah dah ambik dia dari aku.mesti semua boleh bayang perasaan aku dan tangisan aku masa tu.3 tahun aku derita macam orang gila..kata doktor sebab2 dia meninggal ada pembuluh darah yang pecah sebab hentakan lama.aku teringat.adakah sebab aku yg selalu pukul dia dulu2 tanpa ehsan.aku buat bini aku mcm binatang.
Sekarang bini aku dah takde.Allah dah ambik bini aku.sebulan lepastu anak aku pula pergi tinggalkan aku.aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan bini aku.aku selalu buat dia sedih tapi dia selalu senangkan hati aku.ikut kata aku.aku tengking pun dia sabar.aku pukul dia pun dia maafkan aku.dah 5 tahun bini aku pergi.aku pernah kawin lagi.bertahan 3 bulan je..
sumpah !!! tak ada wanita sebaik aruah bini aku.aku taknak kawin lagi.takde dah yang sebaik bini aku. Sayang.abang harap sayang ampunkan abang.hari hari abang rindu sayang.rindu anak kita. Abang tahu sayang selalu sakit2 badan sakit kepala.sayang selalu tak sihat.tapi abang tak kisah.abang biarkan sayang berfikir soal duit dan rumah.abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang.
Kalau sayang kembali pada abang semula.abang janji abang nak bahagiakan sayang.nak suruh sayang rehat tampa fikir hal duit belanja dan semua.abang nak jaga sayang.abang taknak sayang buat kerja rumah abang nak sayang rehat macam sayang jaga abang dulu.abang rehat.abang tak fikir duit ada ke takde ke.yang abg tahu abg boleh dapat abang nak.terimakasih sayang.
YaAllah.abang menangis saat menulis ni.sayang adalah cinta abang dunia akhirat.abang redho keatas sayang semua nya. NUR AIN, AWAK ISTERI TERBAIK.abang dah jadi bilal masjid kampung kita sayang.abang dah tunaikan impian sayang untuk jadikan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok. terimakasih sayang didik abang kenal Allah.



Monday, July 16, 2018

Ellie Suriaty Beri Amaran Dan Menyeru Kepada Semua Bangsa Melayu


Pelakon dan pengarah filem terkenal, Ellie Suriati Omar, sekali lagi tampil penuh emosi ketika hadir di satu himpunan bagi menyuarakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur pagi ini.
Ellie dengan nada lantang memberikan amaran kepada segelintir pihak yang didakwanya cuba menghakis peranan institusi raja-raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebuah republik.

BANGKIT

“Jadi ini saya menyeru… ini saya cakap betul-betul, saya menyeru semua manusia berbangsa Melayu Islam, sebarkan video ini.
“Kita akan berjumpa lagi!” katanya ketika berucap di himpunan anjuran NGO Pemantau Malaysia Baru.
Kira-kira 100 orang penyokong himpunan itu mula berkumpul di kawasan lapang berhampiran kawasan parkir kereta bertingkat Bukit Aman seawal jam 8 pagi.
Mengikut rancangan asal mereka akan bergerak ke Jalan Parlimen untuk menyatakan perasaan masing-masing dan menunggu ketibaan kereta rasmi Sultan Muhammad V yang dalam perjalanan ke parlimen.
Bagaimanapu penganjur memberikan arahan bersurai kira-kira jam 9.45 pagi selepas polis tidak memberi kebenaran mereka berbuat demikian.

Ellie bukan rasis

Kata Ellie tiada sesiapa berhak mencuba untuk menjatuhkan raja-raja Melayu atau menjadikan Malaysia sebuah republik.
“Bercerai nyawa dari badan, jadi tulang, sebati dengan tanah… tapi bangsa Melayu, raja-raja Melayu, jangan cuba kamu nak jatuhkan raja Melayu dan jadikan Malaysia ini sebuah negara republik!” ucapnya dengan bersemangat sambil didampingi presiden NGO itu Lokman Noor Adam.
Untuk rekod Lokman ialah bekas panel pemikir Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA) dan kini merupakan salah seorang anggita Majlis Tertinggi Umno.
Tidak ketinggalan seorang lagi bekas panel pemikir JASA Tun Faisal Ismail Aziz.
Berpakaian serba hitam mengikut tema himpunan hari ini, Ellie sebelum itu berkali-kali menegaskan bahwa beliau bukan merupakan seorang rasis.
Sebaliknya kata pelakon Spinning Gasing itu dia hanya bersuara untuk mempertahankan institusi raja-raja Melayu.

“Saya tak cari publisiti murah.

“Saya juga bukan seorang yang rasis. Sama sekali tidak!” katanya mengulas kritikan yang timbul berikutan kemunculannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini bagi memberikan sokongan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
SUMBER : Malaysia Kini
Sumber : kualalumpurviral



BAYI KETURUNAN INDON- JEPUN INI DIKATAKAN BAYI TERKACAK DI DUNIA, RAMAI TERTANYA SIAPA IBU BAPANYA JOM LIHAT GAMBAR NI


Sobat setuju gak kalau bayi ini tampan banget?
Banyak orang yang kini semakin mudah akses media sosial, salah satunya media sosial Instagram. Hal ini menyebabkan hal-hal yang menarik di media sosial seperti foto, video mudah menjadi trending topic dan viral hingga akhirnya menjadi perbincangan publik.
Kali ini Cerpen akan membahas sejumlah foto bayi yang parasnya disebut netizen sangat tampan. Foto bayi tampan bernama Arsya ini muncul di beranda pencarian Instagram atau biasa disebut explore, sejak pekan lalu, Senin, 11 Desember 2017.
Lantas siapa yang mengunggah foto bayi berparas rupawan ini?
Rupanya yang mengunggah foto bayi bernama Arsya ini bukanlah sosok biasa. Ia adalah seorang calon dokter yang terkenal di kalangan netizen remaja, yakni Anton Tanjung.
Anton Tanjung memang bukan artis tapi namanya sejak tahun lalu menghebohkan dunia maya. Jelas saja karena ia disebut-sebut sebagai dokter tampan.
Anton ini ternyata menempuh pendidikan di Fakultas Kedokteran Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta. Hingga berita ini ditulis, Anton memiliki pengikut di Instagram sebanyak 269 ribu followers.
Saat ia mengunggah foto Baby Arsya yang juga berparas tampan itu, ribuan netter memberikan ike dan komentar sehingga membuat foto itu menjadi viral dan populer. Bahkan berita ini sampai terkenal ke negeri seberang, Malaysia.
Sayangnya, Anton enggan memberitahukan secara detail anak siapa bayi tampan itu. Sejumlahh netter menduga bayi bernama Arsya itu adalah bayi yang dilahirkan oleh pasien yang ditangani Anton.
Namun ada juga yang mengira Arsya adalah bayi dari Anton karena terlihat sangat mirip dengannya. Namun pria yang suka dipanggil Atek ini anehnya juga tak pernah berkata iya atau tidak.
“Bang, ini baby yg sama kek kmren2 kan? Kok abang masih upload fotonya apa babynya masih di rumah sakit?,” tanya akun @ariestanissa_28.
Namun Anton hanya membalas singkat pertanyaan netter itu, “haha ada deh,” jawab Anton.
Awalnya, banyak netter yang mengira foto bayi yang diunggah Anton berjenis kelamin perempuan. Lalu Anton memeberikan balasan untuk netter dan memberitahu bahwa bayi tersebut berjenis kelamin lelaki.
Tak ada yang tahu pasti apa hubungan dirinya dengan bayi tampan itu. Yang pasti, blasteran Jepang dan Indonesia tersebut tak mau mengemukakannya sekarang. Dokter ganteng ini bikin penasaran, saja, ya!
Sumber : oh gebang via figuranetworks