[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Tuesday, July 17, 2018

Filled Under:

INI RESPOND TUN MAHATHIR BILA DITANYA TENTANG PEMBUKAAN AGONG YANG MINTA SEMUA JANGAN LARI


KUALA LUMPUR: Masyarakat berbilang kaum di Malaysia wajar mengamalkan pendekatan bersederhana dalam pelbagai perkara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri ketika menitipkan pesanan itu berkata ia seiring mesej disampaikan menerusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ketika majlis pembukaan Parlimen Ke-14.
Dr Mahathir berkata, pendirian sama turut terpakai dalam soal polemik membabitkan agama yang sering menjadi faktor perselisihan faham antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
“Mesejnya ialah supaya dalam semua perkara kita harus sederhana dan bertimbang rasa terhadap agama lain.
“Mereka juga harus hormat agama kita. Kalau kita mula cabul agama lain, maka kita akan terima padahnya,” katanya kepada pemberita, hari ini.

“Siapa yang makan cili, dia rasa pedas”

Mengulas titah Sultan Muhammad yang berbaur sindiran, Dr Mahathir menyifatkan: “Itu jenaka jenaka baginda. Siapa yang makan cili, dia rasa pedas”.
Menyentuh perkembangan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Dr Mahathir berkata, ia berbeza dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan yang menjadi punca peningkatan harga di pasaran.
Sehubungan itu, katanya, langkah utama yang perlu dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah menarik balik perundangan GST di Parlimen.
“GST kita sudah umum berkadar sifar, justeru langkah sekarang adalah memastikan Parlimen menarik balik perundangan itu.
“SST berbeza kerana kalau tiada pembelian, tidak perlu menjelaskan cukai. Berbanding GST, ia cukai nilai tambah. “Sama ada beli atau tidak, harga akan meningkat,” katanya.
SUMBER : BHARIAN ONLINE
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan teguran spontan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V sebelum ucapan pembukaan istiadat perasmian sidang Parlimen, sebagai jenaka.
 “Sila duduk dan jangan lari”
Pagi tadi, baginda bertitah dengan senyum lebar supaya Ahli Parlimen duduk dan tidak lari.
Ini susulan insiden tindakan MP BN dan PAS meninggalkan sidang Dewan Rakyat semalam





0 comments:

Post a Comment