[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Sunday, May 27, 2018

Filled Under:

Timbalan Perdana Menteri Memakai Sarung Tangan Untuk Jaga Aurat Ketika Bersalaman Tetapi Ini Komen Ustaz Azhar Idrus Tentang Itu


Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apa yang menarik perhatian selain penampilan cukup sederhana, beliau juga begitu menjaga auratnya. Dilihat isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memakai sarung tangan dalam apa jua majlis bagi bersedia jika ada yang menghulurkan salam padanya.
Dalam status terbaru yang dimuatkan dalam instagramnya, Dr Wan Azizah telah secara rasmi bertugas pada hari pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri di pejabatnya.
‘Orang nombor dua’ dalam negara ini juga kelihatan cukup tenang dan terserlah keceriaan di sebalik senyuman yang terukir di bibirnya. Malah wanita hebat ini juga kelihatan manis mengenakan kurung moden berbunga dan juga sarung tangan bagi menjaga auratnya.
Bukan hari ini sahaja beliau dilihat memakai sarung tangan berkenaan, tetapi sebelum itu pun  ibu kepada enam cahaya mata ini sentiasa memakainya. Ini bagi memudahkan beliau menyambut huluran salam tangan bukan muhrim sebagai tanda hormat.
Caranya ini mendapat reaksi positif dari netizen yang memuji keperibadian Dr Wan Azizah dalam menjaga auratnya. Selain itu ramai juga turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap beliau akan dapat menunaikan tanggungjawab diberi dengan sebaiknya.
@fallieymalek_themuajohor Aamiin.. Bertuahnya.. Sgt menjaga aurat
@maizaleesya83_fayyadh Bagus sgt2…pakaiii glove tuu.
@veil_simple_latysa Masyaallah..jaga aurat.subhanaallah
@aznira Bagusnya TPM..pakai sarung tangan utk bersalam…terbaiklah..contoh pimpinan
putehsalmi Tangan bersarung.. Alhamdulillah..sejuk mata memandang
Ada juga yang menjadikan Dr Wan Azizah sebagai contoh dan sumber inspirasi dan diibaratkan seperti kebangkitan isteri Nabi, Saidatina Aisyah.
@eyeshahasiah Tahniah.. Alhamdulillah.. Semoga allah permudahkan segala urusan dato sri amin.. Kaulah impirasi wanita.. Hpy dan terasa kebangkitan isteri nabi syaiditina aisyah.. Luv
@haizan_mnasir👍🏻Alhamdulillah satu contoh yang sangat baik..
@mr.syahad.d@emadamia perlu d jadikan idola pmimpin muslimah ..dan sikapnya sbg ibu yg brsopan santun dan lemah lembut…
@enyeimsya2 May Allah ease u ds @drwanazizah…role model to ladies out there
@theebanselva_1003 Congratulations Madam Our Beloved TPM… great inspiration to All the women’s and all Malaysians as well…
@irisya_ann CONGRATULATIONS Dr. Semoga dipermudahkan segala urusan . .. Aamiin…
@noriza7408 Wanita yg berjiwa kental dan kuat semangat. Contoh wanita islam yg sangat kuat ugama walaupun suami tiada waktu dlm kesusahan. Moga Allah beri kekuatan pada nya.
Melihat pada penampilannya dari dulu hingga sekarang tidak jauh berbeza. Selesa menggayakan kurung sahaja yang dipadankan tudung empat segi polos dengan kelepet melekap di dahi. Hanya solekan nipis tetap menyerlahkan aura beliau kala berada di khalayak.
Seperkara yang menarik lagi, ada kalanya wanita yang hampir 20 tahun terpisah dengan suaminya ini turut membawa kipas hikmatnya ke mana-mana sahaja.
Dr Wan Azizah yang lahir pada 3 Disember 1952 di Singapura ini juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Mendapat pendidikan awal di Sekolah  Convent St. Nichlas, Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dublin Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang Obstetric dan Gynecology. Merupakan pelajar terbaik (Gold Medal) di Royal College of Surgeon pada tahun 1977.
Pelajar terbaik di Royal College Of Surgeon.
Berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berusia 23 tahun. Setelah hampir 39 tahun mendirikan rumahtangga, mereka dikurniakan enam cahayamata, lima wanita dan seorang lelaki. Anak sulungnya Nurul Izzah juga turut aktif terbabit dalam politik dan juga menang bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam PRU baru-baru ini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DR WAN AZIZAH & PINOGRAPHY via Hijabista – macih kualalumpurviral
Sila tonton video:

Sumber : langitbiru





0 comments:

Post a Comment