Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion kira-kira RM33 bilion dalam dana 1MDB.
Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011?
Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia?
Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk bail out 1MDB.
Video Penuh.
MOF Akan Ambil Alih Pejabat 1MDB.
Kementerian Kewangan akan mengambil alih pejabat 1MDB, kata menterinya Lim Guan Eng.
Keputusan itu dibuat selepas beliau menghadiri taklimat bersama pegawai-pegawai kanan 1MDB.
Kini tiba masanya kita ambil alih pejabat 1MDB dan kita telah mengarahkan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan untuk mengambil alih bangunan itu sebagai pemegang saham dan penasihat undang-undang setuju, dan dia serahkan kunci untuk pengambilalihan.
Kita harap semua dokumen masih berada pada tempatnya,” kata Lim kepada pemberita di lobi Kementerian Kewangan selepas taklimat itu hari ini.
Lim sebelum itu bertemu dua pengarah 1MDB Norazman Ayob and Kamal Mohd Ali.
Menurut Lim, mereka berdua bersetuju membekalkan kesemua dokumen-dokumen kepada kementerian, termasuk surat yang dikeluarkan oleh bekas menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak.
Video Penuh.
Sumber : MK via mamakusyg
0 comments:
Post a Comment