[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 30, 2018

Filled Under:

Piala Dunia 2018 live di RTM


PERLAWANAN bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
"Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.
"Mungkin esok," katanya ditemui selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan.
Semalam Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.
Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mei 2018 @ 1:48 PM
Sumber : hmetro




0 comments:

Post a Comment