[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 30, 2018

Filled Under:

Lima khabar gembira dari PM


KERAJAAN bersetuju memberi bantuan khas perayaan berjumlah RM400 bagi kakitangan awam Gred 41 ke bawah, RM200 untuk pesara kerajaan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan Bantuan Sara Hidup bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disalurkan pada 6 Jun dengan kadar bantuan dikekalkan.
Beliau berkata, harga minyak RON95 akan dikekalkan, manakala RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.
“€œEsok taklimat penuh akan dibuat Kementerian Kewangan,”€ katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.
Tambah beliau, kadar tol akan diberikan diskaun 50 peratus di semua lebuh raya di seluruh negara bagi tempoh dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri
Tahun lalu, menerusi Bajet 2018, kerajaan Barisan Nasional (BN) mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
Bantuan khas RM250 pula diberikan kepada 743,000 pesara kerajaan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mei 2018 @ 1:40 PM

Sumber : hmetro





0 comments:

Post a Comment