[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 30, 2018

Filled Under:

PEMANDU TEKSI INI JUMPA BEG YG DITINGGALKAN GELANDANGAN. APABILA DIPERIKSA ISINYA, DIA TERGAMAM!


Kadang-kala, dalam kehidupan ini berlaku beberapa perkara di luar jangkaan dan tanpa kawalan kita sendiri. Baik perkara yang berlaku itu bersifat positif, mahupun negatif, kita sendiri perlu bijak mengatasinya.
Misalnya, kisah seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu teksi dari New Hampshire, Boston, Amerika Syarikat ini ternyata memberi impak positif kepada insan sekeliling dan dengan kuasa internet, ianya juga tular ke seluruh dunia!

Pemandu Teksi Ini Jumpa Beg Yg Ditinggalkan Gelandangan..Apabila Diperiksa Isinya, Dia TERGAMAM | Kredit: CBS Boston/Youtube
Dengan pengalaman bekerja selama lebih dari 50 tahun, sudah semestinya Raymond pernah berdepan dengan situasi di mana pelanggannya meninggalkan barang-barang mereka di dalam teksinya secara tidak sengaja.
Sebut sahaja apa jua barang— telefon bimbit, gugusan kunci, beg dompet semuanya pernah ditinggalkan oleh pelanggan.
Pernah juga suatu ketika, pelanggannya tertinggal sebuah beg yang mengandungi wang tunai yang bernilai USD10,000! Namun, ianya sedikitpun tidak menggugat keimanan lelaki ini, malah dia menghantarnya semula kepada pemilik beg tersebut.
Pada suatu hari, seperti hari-hari yang lain, Raymond gigih bersiar-siar di kawasan kebiasaannya untuk mencari pelanggan yang berpotensi, namun ternyata nasibnya pada hari tersebut berlainan dari yang biasa.

Pada hari itu, lelaki ini berdepan dengan beg yang ditinggalkan oleh pelanggannya dan isi beg tersebut berjaya membuatkan lelaki ini terbungkam seketika.
Pemandu Teksi Ini Jumpa Beg Yg Ditinggalkan Gelandangan..Apabila Diperiksa Isinya, Dia TERGAMAM | Kredit: CBS Boston/Youtube
Kisahnya bermula ketika Raymond berusaha mencari pelanggan dan dia berjaya membawa seorang pelanggan gelandangan yang berasal dari Boston.
Lelaki gelandangan itu memintanya memandu ke sebuah motel kemudian apabila tiba di destinasi, lelaki itu meminta Raymond menunggunya buat lima minit sementara dia pergi melangsaikan urusannya. Lelaki itu malahan berjanji akan kembali pada Raymond.
Namun, setelah menunggu selama 30 minit, lelaki gelandangan itu tidak juga muncul tiba. Raymond yang berasa risau dengan keadaan lelaki itu tadi terus pergi bertanyakan pada penyambut tetamu motel itu berkenaan dengan lelaki gelandangan itu.
Walau bagaimanapun, penyambut tetamu motel itu menyatakan bahawa dia tidak tahu menahu berkenaan lelaki yang ditanyakan oleh Raymond.
Berasa kecewa dan keliru, Raymond pun kembali ke teksinya semula.
Pemandu Teksi Ini Jumpa Beg Yg Ditinggalkan Gelandangan..Apabila Diperiksa Isinya, Dia TERGAMAM |
Tiba-tiba, Raymond ternampak akan sebuah beg di tempat duduk penumpang bahagian belakang. Lantas, Raymond memberhentikan teksinya dan menjumpai wang tunai berjumlah USD187,000 di dalam beg tersebut! Alangkah terkejutnya Raymond pada ketika itu.
Dengan niat yang baik, Raymond terus menghantar beg yang sangat bernilai itu ke balai polis untuk membuat laporan polis.
“Beginilah diri saya yang sebenar. Saya tidak mencuri apa-apa; malah saya tidak pernah menjadi seorang penjenayah. Memanglah gembira apabila melihat sejumlah wang tunai yang begitu banyak seperti itu— ianya mungkin juga boleh mengubah kehidupan saya”
Pemandu Teksi Ini Jumpa Beg Yg Ditinggalkan Gelandangan..Apabila Diperiksa Isinya, Dia TERGAMAM |
Akhirnya, pihak polis Boston menghubungi motel yang disinggahi oleh pelanggan terakhir Raymond itu dan berjaya menjejaki lelaki itu.
Ternyata, wang tunai itu memang milik lelaki gelandangan itu. Katanya, wang itu diwariskan oleh mendiang kedua ibu bapanya. Dia juga turut mempunyai bukti sah berkenaan hal itu.
Tindakan Raymond yang budiman itu turut mendapat pujian banyak pihak termasuklah pihak berkuasa tempatan.
Sumber : Era Baru
Apabila ditanya sebab Raymond mengembalikan wang tunai itu, Raymond membalas: “Saya rasa ia adalah perkara yang sepatutnya dilakukan. Ramai yang mengatakan bahawa saya sepatutnya mengambil wang itu, tetapi saya tidak mampu melakukannya.”

Sumber : chemanfans





0 comments:

Post a Comment