[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 30, 2018

Filled Under:

Bantuan Khas Hari Raya RM400 untuk penjawat awam


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas untuk kakitangan awam selain beberapa perkara lain selepas mengadakan mesyuarat kabinet kedua hari ini.
Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Hari Raya sebanyak RM400 kepada penjawat awam bagi gred 41 ke bawah, manakala RM200 untuk golongan pesara.
Selain itu, kerajaan akan memberi diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuh raya dua hari menjelang sambutan Aidilfitri.
Perlaksanaan sistem Cukai dan Barangan (GST) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu ditetapkan pada kadar sifar 1 Jun ini dan akan digantikan sepenuhnya dengan SST bermula September 2018.
Sementara itu, harga diesel dan RON95 akan dikekalkan, manakala harga RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran.
Kerajaan juga akan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup kepada rakyat untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Jemaah Menteri bersetuju High Speed Rail (HSR) dibatalkan, tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi dan MRT laluan tiga tidak akan diteruskan.
Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk menerima derma dari rakyat bagi membantu kedudukan kewangan kerajaan. Kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik rakyat untuk membantu kerajaan dan memastikan derma itu diberi kepada Kementerian Kewangan. Nombor akaun akan diumumkan kelak.
Dalam sidang media itu juga, Tun Dr Mahathir mengumumkan tema hari kebangsaan tahun ini adalah “sayangi Malaysiaku”.
‘BR1M’ Akan Diberikan Sebelum Menjelang Aidilfitri Tetapi Sesuatu Yang Besar Akan Diubah Tentang BR1M Juga
PETALING JAYA: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), agihan wang tunai yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan tetap dibayar pada Jun ini.
Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut akan diumumkan pada minggu depan.
“Sepertimana yg diarahkan oleh (Perdana Menteri) Tun @chedetofficial (Dr Mahathir Mohamad), BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya menerusi status di akaun Twitter miliknya pada petang Sabtu.
PERUBAHAN MENGENAI BR1M
Sepertimana yg diarahkan oleh Tun @chedetofficial BR1M (yg akan diberikan nama lain) akan dibayar pada bulan Jun sebelum Hari Raya Aidilfitri.Maklumat lanjut akan diumumkan pada minggu depan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bagaimanapun, BR1M akan diberikan nama lain.
Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan menerima BR1M sejak awal tahun ini.
Terdahulu, kerajaan Pakatan Harapan tetap bersetuju meneruskan pemberi­an BR1M yang diperkenalkan oleh BN sebelum ini bertu­juan meringankan kos hidup golongan berpendapatan rendah.
Dr Maha­thir berkata, kerajaan bagaimanapun akan mengkaji struktur bantuan tersebut supaya tidak dilihat sebagai alat untuk memberi rasuah kepada rakyat agar menyokong kerajaan.
Tun M jamin hutang negara mampu dikurangkan

Kerajaan percaya hutang negara RM1 trilion dapat dikurangkan kepada kira-kira RM800 bilion.
Dalam satu temubual dengan stesen penyiar Voice of America (VOA), Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menemui kaedah terbaik bagi mengurangkan hutang negara dan sedang dibincangkan dengan rakan komponen Pakatan Harapan.
Menurutnya, kerajaan sebelumnya mengumpulkan sejumlah besar pinjaman dari negara lain, dari bank asing dan malah juga dari sumber-sumber tempatan dan perkara utama yang perlu dilakukan adalah memastikan bahawa pinjaman itu dapat dibayar.
“Malah, kita juga akan cuba mengurangkan jumlah prinsipal yang telah dipinjam,” katanya.
Dr Mahathir menambah, kerajaan kini menghadapi isu hutang besar kerana ia mewarisi sistem kewangan yang telah “dimusnahkan” oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, situasi ini tidak serupa berbanding sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri dahulu.
“Saya harus perkenalkan dengan idea-idea baru bagi memastikan pertumbuhan dan pembangunan Malaysia berjalan baik. Tetapi di sini, saya berurusan dengan sebuah negara yang sebenarnya telah musnah. Sistem kewangannya telah musnah,” katanya.
Sementara itu, menurut VOA, Mahathir juga menolak tanggapan bahawa beliau memikirkan semula untuk menghapuskan undang-undang Antiberita Tidak Benar.
Beliau berkata, perlu ada kawalan terhadap media bagi memastikan tiada berlakunya isu-isu yang mencetuskan ketegangan kaum.

Sumber : citemalaya





0 comments:

Post a Comment