[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 24, 2018

Filled Under:

Menakjubkan! Graviti hill di Sabah!


Kamu tahu ka di Sabah sebenarnya ada Gravity hill? aku pun baru tahu di Sabah ada Gravity hill dari pembacaan di satu blog (SINI). inilah kebaikannya berblogwalking ni, at least ada jugak ilmu aku dapat.
Jom kita story sikit apa tu gravity hill. kalau ikut pembacaan aku di wikipedia, gravity hill ni adalah satu tempat di mana susun atur tanahnya menghasilkan optical illusion. disebabkan optical illusion itu tanah yang turun ke bawah (downhill) akan kelihatan seperti manaiki bukit (uphill). contoh, kawasan yg ada gravity hill ni kita akan nampak seperti downhill tapi sebenarnya ia adalah uphill or vise versa.

kalau kamu sampai di kawasan gravity hill ni, try matikan enjin kereta dan lepas hand-break , kereta akan bergerak sendiri menaiki bukit. selalunya kereta kalau mati enjin di kawasan bukit akan meluncur ke bawah la kan tapi ni peliknya akan naik ke atas pulak. keadaan itu lah yang disebabkan oleh optical illusion di kawasan gravity hill… aku explain bukan main susah mau paham kan so, kita tengok video kat bawah.

Di Malaysia, tempat yg ada gravity hill setakat yang aku tahu ada di Sabah, di Kimanis-Keningau Highway. menurut blogger memmetlenggeng kawasan ni terletak di KM 28.2. aku pun sebenarnya belum sampai lagi kawasan ni. nanti kalau sampai kawasan ni bolehlah aku cerita dengan lebih lanjut dan letak gambar sekali. kalau di Korea pulak, gravity hill ni ada di Pulau Jeju (Goblin Road). Di Sabah, our gravity hill masih belum lagi dipromosikan secara komersil.
Sila tonton video:
Sumber : langitbiru




0 comments:

Post a Comment