[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 24, 2018

Filled Under:

DAKWAAN UMNO TENTANG DUIT RAMPASAN DI PAVILION RESIDENCES, DI BUKIT BINTANG MENGEJUTKAN!


Video penuh di akhir artikel
SHAH ALAM – Umno mendakwa duit hampir RM130 juta yang dirampas polis di Pavilion Residences, di Bukit Bintang bukan milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya milik parti itu.
Melalui kenyataan media Unit Komunikasi Strategik Umno hari ini, wang yang disebut dana itu dirampas polis semasa dana itu dalam proses dipindahkan kepada pimpinan baharu Umno.
“Adalah dukacita dimaklumkan bahawa baki sumbangan kempen dan dana parti telah dirampas semasa dalam proses dipindahkan selepas peletakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai Presiden Umno dan BN,” katanya.
Kenyataan itu berkata, secara umumnya, Presiden Umno bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber, menguruskan dana untuk Umno termasuk dana PRU dan ia termaktub di dalam Perlembagaan parti.
“Hal ini tiada beza dengan bekas Presiden kita iaitu Najib yang mendapatkan sumbangan kempen sebelum PRU14 dan menguruskan dana parti kita.
“Semasa bekas Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai presiden, beliau juga telah menyerahkan RM1.2 bilion kepada parti dan 3 juta ahli,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, pembiayaan politik dibenarkan di bawah undang-undang dan Umno akan berusaha supaya polis mengembalikan dana berkenaan.
“Umno berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut serta mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan.“Umno kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu di dalam proses ini,” katanya.
Semalam, polis berjaya mengira 35 beg berisi hampir RM130 juta melibatkan pelbagai mata wang yang dirampas dari minggu lalu.
Beg mengandungi duit itu adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang.Pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai JSJK Bukit Aman itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan polis ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sumber : http://www.sinarharian.com.my

Umno Tuntut Polis Pulangkan Wang Rampasan

Umno kesal dengan tindakan polis merampas wang yang didakwa dana politik mereka untuk pilihan raya dan pengurusan parti.
Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat Umno, wang sumbangan itu dirampas semasa proses dipindahkan kepada kepimpinan baru parti itu.
“Secara umumnya, presiden Umno bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk Umno termasuk dana bagi pilihan raya umum. Hal ini termaktub di dalam perlembagaan parti.
“Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik di negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan Umno yang mantan presiden kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.
“Untuk makluman, semasa mantan presiden Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai presiden kita, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 bilion kepada parti dan tiga juta ahli,” menurut kenyataan unit itu.
Jumaat lepas, polis merampas wang tunai dan barangan bernilai di enam lokasi yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB.Laporan menyebut nilainya kira-kira RM120 juta.
Dalam laporan polis, Najib dilaporkan mendakwa wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences, Kuala Lumpur itu adalah derma rakan-rakan untuk kempen pilihan raya BN.
Sementara itu, Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat Umno juga berkata pembiayaan politik dibenarkan bawah undang-undang negara.
“Oleh itu, Umno berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.
“Umno kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata unit itu.

UMNO SEDIH POLIS RAMPAS WANG JUTA-JUTA HASIL DERMA.

Laman web pro UMNO, UMNO ONLINE melaporkan UMNO menyatakan rasa kesal dan dukacita dengan rampasan wang dana politik parti itu oleh pihak polis baru-baru ini, di mana dana tersebut diperolehi melalui sumbangan untuk digunakan dalam kempen pilihanraya umum ke 14 dan bagi pengurusan parti.
Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila baki sumbangan dana kempen dan parti telah dirampas oleh pihak polis semasa ia dalam proses dipindahkan kepada kepimpinan baru UMNO, selepas peletakan jawatan Dato Sri’ Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan BN.
“Secara umumnya, Presiden UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk UMNO termasuk dana bagi Pilihan Raya Umum. Hal ini termaktub di dalam Perlembagaan parti.
“Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik d negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan UMNO di mana mantan Presiden kita iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.
“Untuk makluman, semasa mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden kita, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli,” demikian jelas Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan Khamis.
Laman UMNO Online turut melaporkan Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO berkata, pembiayaan politik adalah satu perkara yang dibenarkan di bawah undang-undang negara.
“Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.
“UMNO kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO itu lagi. – 24/5/2018.
Sumber : sinarvirall





0 comments:

Post a Comment