PETALING JAYA: Semua pegawai keselamatan, polis pengiring dan pegawai bantuan yang bertugas dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Najib berkata, khidmat kesemua mereka yang pernah bertugas menyediakan kawalan keselamatan kepada beliau dan keluarga telah ditarik balik sejak beberapa minggu lalu, kecuali seorang pegawai ‘Aide De Camp’ (ADC) atau pembantu peribadi.
Status yang dimuat naik oleh Najib pada Selasa malam.
“Hari ini (Selasa), saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas (UTK), polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan.
“Hari ini (Selasa), saya membalas tabik hormat dan mengucapkan selamat tinggal kepada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas (UTK), polis pengiring dan pegawai yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan.
“Tak dapat dinafikan, mereka berselubung emosi dan ada yang menitiskan air mata ketika kami berlafaz kata perpisahan.
“Saya dan keluarga tidak akan lupakan jasa, persahabatan dan kesetiaan mereka sepanjang sembilan tahun ini, termasuk mereka yang sudah berjasa kepada kami selama 14 tahun semasa saya masih (menjadi) timbalan perdana menteri,” katanya.
Najib mendakap petugas yang pernah berkhidmat dengan beliau. – Facebook
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya pada Selasa malam.
Dalam pada itu, Najib turut memohon agar kerajaan baharu sentiasa menjaga kebajikan kakitangan terbabit kerana mendakwa mereka adalah anggota dan pegawai berdedikasi yang akan berkhidmat kepada kerajaan hari ini dengan penuh kesetiaan.
Setakat ini, posting tersebut telah menerima lebih 17,000 tanda suka (likes) dan mendapat 1,320 perkongsian.
INFORMASI
Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak lahir 23 Julai 1953 ialah ahli politik Malaysia dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.
Beliau telah dipilih untuk Parlimen Malaysia pada tahun 1976, pada usia 23 tahun, menggantikan bapanya duduk di kerusi Pekan yang berpangkalan di Pahang. Dari tahun 1982 hingga 1986 beliau menjadi Menteri Besar (Ketua Menteri) Pahang, sebelum memasuki persekutuan Kabinet Mahathir Mohamad pada tahun 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan Kabinet sepanjang baki tahun 1980-an dan 1990-an, termasuk sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran. Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004, berkhidmat di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum menggantikan Badawi setahun selepas Barisan Nasional mengalami kerugian besar dalam pilihan raya 2008. Di bawah kepimpinan beliau, Barisan Nasional memenangi pilihan raya 2013, walaupun buat kali pertama dalam sejarah Malaysia pembangkang memenangi majoriti undi popular.
Sumber : Mstar via dahkebelum
0 comments:
Post a Comment