[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Tuesday, May 29, 2018

Filled Under:

ABAIKAN BERITA PALSU ITU – NURUL IZZAH NAFI PERKHABARAN KAHWINI YDPA


KUALA LUMPUR: “Tolong abaikan berita palsu yang tersebar itu.”
Jawapan ringkas itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, menerusi kiriman WhatsApp hari ini, bagi menafikan perkhabaran kononnya beliau akan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR, menasihatkan orang ramai supaya mengabaikan apa yang dianggap sebagai berita palsu dan tidak berasas.
“Marilah kita semua memberi tumpuan kepada tugas menyelamatkan ekonomi Malaysia,” katanya.
Mengulas perkara sama, ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, turut menafikan khabar angin berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri terkejut sebaik diajukan soalan mengenai anak sulungnya itu bakal berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan seperti tersebar di media sosial.
“Astaghfirullahaladzim, jangan dengar khabar angin. Tidaklah,” katanya dalam sidang media selepas Lawatan Ke Rumah Ehsan Warga Emas di Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Pada 24 Mei lalu, Wan Azizah dan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menemui bonda Sultan Muhammad V, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota di Kubang Kerian.
Ia adalah lawatan pertama Dr Wan Azizah ke Kelantan selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pertemuan tertutup berkenaan dilapor berlangsung selama sejam.
Sumber: Bharian via dahkebelum




0 comments:

Post a Comment