[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Tuesday, May 29, 2018

Filled Under:

KERAJAAN BAHARU MACAM TEMPE-ZAHID HAMIDI


PETALING JAYA: : Kerajaan baharu Pakatan Harapan (Harapan) disamakan seperti tempe kerana didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehingga kini, janji yang dibuat sebelum menang PRU14 masih belum berjaya dilaksanakan.
“Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun. Mereka juga isytihar GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) akan dihapuskan, tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga,” katanya dipetik menerusi portal UMNO Online.
Beliau berkata demikian dalam program berbuka puasa bersama Ketua-Ketua Penerangan Bahagian UMNO pada Ahad. Selain itu, Ahmad Zahid turut mempersoalkan janji Harapan untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi mereka berpendapatan RM4,000 ke bawah.
“Maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan. Mereka juga kata hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya ’domestic debt’ iaitu pinjaman dalam negara… ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan baharu juga menuduh kerajaan BN membuat pinjaman dalam mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) dan yen, namun hakikatnya Bank Negara Malaysia membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam AS$ dan satu peratus pula yen.
“Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL (Kuala Lumpur) akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh. Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh. Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat,” katanya.
Justeru, beliau berharap semua ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang tohmahan tidak benar kerajaan baharu.
Sumber awani

Lim Guan Eng tak faham maksud hutang – Najib

KUALA LUMPUR: : Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jaminan Kerajaan dan Tanggungan Kerjasama Awam Swasta (PPP) bukan satu bentuk hutang. Dalam satu kenyataan di laman Facebook, Najib berkata Jaminan Kerajaan tidak pernah dirujuk sebagai ukuran hutang kerajaan, termasuk ketika era Tun Dr Mahathir memerintah sebelum ini.
“Kami (kerajaan lepas) tidak sembunyikan hutang RM300 bilion. Kita ikut pendefinisian hutang antarabangsa. Kerajaan sebelum ini mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti ditakrif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Jadi jumlah hutang 50.8 peratus (bagi Malaysia) adalah diterima secara sejagat,” katanya.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada Khamis mendedahkan hutang negara mencecah RM1 trilion akibat Jaminan Kerajaan sebanyak RM199.1 bilion dan Tanggungan PPP sebanyak RM201.4 bilion.Tambah Najib kerajaan memberi jaminan kepada beberapa entiti yang dimiliki bagi mengurangkan kos pembiayaan mereka.
“Ia biasanya tanggungan jangka panjang yang disokong aset yang mampu menjana keuntungan,” katanya
Bagi PPP pula, Najib berkata ia bukan satu bentuk hutang sebaliknya merupakan perbelanjaan operasi. “Ia demi infrastruktur social yang amat diperlukan seperti sekolah, balai polis, hospital, universiti dan lain-lain,” jelasnya.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telus dan tidak pernah menyembunyikan angka hutang seperti didakwa. “Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, Laporan BNM, Laporan Ketua Audit, dan Laporan Perakaunan Am setiap tahun tanpa gagal,” katanya sambil menambah penganalisis pasaran dan pelabur juga tahu perkara tersebut.
Sumber Awani via sinarvirall





0 comments:

Post a Comment