[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 31, 2018

Filled Under:

Inilah Wajah Terkini Anak Hafidz Roshdi Yang Sangat Comel, Ramai Puji Nama Anak Lari Trend Tak Panjang Berjela


Pelakon Hafidz Roshdi memilih nama Humairah untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 9 September lalu.
Hafidz menerusi entri akaun Instagram (IG)nya sebentar tadi memberitahu nama anak perempuannya itu membawa maksud putih kemerah-merahan.
Sama seperti selebriti lain, Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @ Humairah.Hafidz dengan memuat naik foto pertamanya pada 18 September lalu.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memuji keindahan nama anak aktor tersebut.
@asyhndhrh._:Alhamdulillah, cantik nama tu. Semoga adik @Humairah.Hafidz soleh dan taat kepada orang tua secantik namanya
@azurien18:Cantiknya nama. Nama yang indah sama dengan baby Ali anak @saharulridzwan @deenaemir.
@mohamadyaakub95:Alhamdulillah. Nama yang ringkas, comel nama dan maksud dia  @hafidz.roshdi dan isteri pilih.
@abdullah.mohamad:Alhamdullilah, Akhirnya lari dari trend yang meletakkan nama sampai tiga empat rangkap.
Sebelum ini, isteri Hafidz pernah mengalami keguguran sebelum disahkan hamil kali kedua.
Hafiz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 di Perlis.
Ketika drama Tundukkan Plaboy Itu hangat diperkatakan, terbongkar kisah mengenai pelakon utamanya, Hafidz Roshdi, 22, yang mengikat tali pertunangan pada 30 November tahun 2015
Memilih rakan sekuliah di Management & Science University (MSU) Shah Alam sebagai suri hatinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 22.
Menurut Hafidz, majlis pernikahannya berlangsung secara sederhana dan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak, sanak-saudara dan rakan karib.
“Selepas orang tahu saya sudah bertunang, saya tidak pernah berkongsi bila akan berkahwin. Namun, saya tidak pelik apabila perkara ini diketahui umum.
“Keputusan untuk tidak menguar-uarkan berita ini adalah atas perbincangan kedua-dua belah pihak. Bukan apa, bimbang nanti berlaku perkara tidak diingini. Disebabkan itu, saya memilih untuk berkongsi perkara ini di laman Instagram selepas selesai majlis nikah,” katanya.
Terdahulu, Hafidz dan Nurul dinikahkan di Terinai Lake View Resort, Perlis tepat jam 11 pagi.
Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan manakala wang hantaran dirahsiakan.
Kata Hafidz, usai majlis pernikahan berlangsung pula majlis persandingan.
“Insya-Allah, majlis sanding sebelah saya akan berlangsung selepas hari raya. Ia diadakan sedikit lewat bagi menghormati keluarga sebelah saya yang kebanyakannya tidak lapang andai berlangsung dalam waktu terdekat ini.
“Sama seperti majlis di Perlis, saya masih mengekalkan konsep bersederhana. Saya mengadakan majlis mengikut kemampuan diri. Malah ia mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak,” katanya.
Bercerita mengenai detik perkenalannya dengan isteri tercinta, Hafidz berkata, ia bermula selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan semakin serius tiga tahun lalu.
“Kami kenal ketika lepak bersama. Kebetulan dia kawan kepada rakan saya. Ketika itu kami baru saja memulakan pengajian di MSU.
“Berbeza dengan orang lain, kami tidak terus bercinta sebaliknya berkawan biasa selama setahun. Sepanjang tempoh itu kami kenal hati masing-masing dan kemudian barulah ke fasa lebih serius,” katanya.
Sambung pelakon drama Baby Ana Milik Siapa ini, Nurul wanita yang sempurna di matanya, memahami dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang.
“Isu kononnya dia cemburu tidak benar sama sekali. Sesiapa mengenalinya pasti lebih tahu. Apa saya boleh katakan, dia seorang yang terbuka dalam segala hal.
“Sebelum menceburi bidang ini, dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan. Sehingga sekarang dia antara individu yang setia berada di belakang saya.
“Tidak kira dalam apa keadaan sekalipun sama ada ketika ketika bersedih, susah atau pun senang, dia pasti ada. Itu yang membuatkan saya yakin untuk terus bersamanya,” kata Hafidz.
Kahwin muda
Hafidz yang berkahwin pada usia muda tidak melihat ia sebagai halangan dalam mengurus dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.
“Inilah yang dikatakan jodoh. Siapa saya untuk menolak takdir yang sudah ditetapkan Allah SWT. Lagipun, sudah tiba masanya saya berkahwin selepas hampir lima tahun berkawan.
“Perancangan untuk berkahwin ini adalah nazar saya kepada keluarga. Saya pernah memberitahu mereka, jika saya berjaya dalam bidang diceburi dan mendapatkan apa yang diingini, saya mahu berkahwin.
“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan rezeki berpihak kepada saya. Selepas berbincang dengan keluarga, mereka tidak menghalang malah menyokong niat baik ini,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.
Sambung Hafidz, sebelum meneruskan niat berkahwin, dia terlebih dahulu melakukan solat Istikharah.
“Saya jenis kalau bercinta memang bersungguh-sungguh. Kalau nak tahu, saya pernah jatuh sakit disebabkan putus cinta.
“Sejak itu, ayah selalu berpesan jika bercinta semula biarlah disertakan dengan niat yang betul iaitu bercinta kerana Allah. Pada masa sama, niat untuk dijadikan isteri dan bukannya sekadar suka-suka,” katanya.
Jom lihat wajah terkini anak hafidz roshdi dan isteri yang sangat comel



Sumber : Ig Hafidz Roshdi dan Humairah
Kredit : gempak / bukubiru
Sumber : medialetop





0 comments:

Post a Comment