[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 30, 2018

Filled Under:

ADAKAH BETUL ISA SAMAD LETAK JAWATAN DARI SPAD. INI JAWAPAN MENTERI PENGANGKUTAN, ANTHONY LOKE


Isa Samad telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, yang mengesahkan perkara itu berkata Isa menghantar surat peletakan jawatan dua hari lalu.
“Isa Samad telah meletak jawatan, berkuat kuasa serta-merta,” katanya semasa sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya hari ini.
Beliau menjawab soalan daripada seorang wartawan mengenai isu tersebut.
Rabu lepas, Loke memberikan tempoh satu minggu kepada Isa untuk meletak jawatan sebagai pengerusi Spad.
“Saya berharap sebagai bekas menteri, dia boleh melakukan perkara yang terhormat dan meletakkan jawatan,” katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Spad akan dimansuhkan dan tanggungjawabnya akan diambil alih oleh Kementerian Pengangkutan.
Sumber: MKINI via dahkebelum





0 comments:

Post a Comment