[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Monday, July 16, 2018

Filled Under:

Rakaman CCTV ini menunjukkan lelaki cuba menculik tetapi sempat diselamatkan oleh abangnya.


Seorang penyeludup kanak-kanak yang disyaki di China telah dirakam oleh kamera pengawasan dimana dia cuba menculik seorang budak lelaki dari jagaan abangnya disiang hari.
Percubaan penculikan yang mengerikan berlaku pada waktu tengah hari di luar kedai perkakas rumah di Fenggang, Wilayah Guangdong di tenggara China,
Mujurlah, abang budak lelaki itu menyelamatkannya dari apa-apa kecederaan dengan melakukan tindakan pantas mengambil kembalik adiknya.
Lelaki yang berpakaian hitam itu, kemudian dikenal pasti oleh pihak berkuasa dengan nama keluarganya Zhu, dapat dilihat dalam rakaman yang menyeramkan, berjalan melepasi sekumpulan anak-anak, sambil merangkul seorang anak lelaki dengan dagu dan kemudian menariknya.
Selepas menyedari bahawa adiknya telah diambil, budak lelaki itu mengikuti penculik yang disyaki dan mengambil kembali adiknya.
Zhu kemudian berlalu meninggalkan tempat kejadian seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Menurut laporan media tempatan, ibu bapa kanak-kanak itu telah melaporkan kejadian itu kepada Polis Fenggang, yang segera mengesan suspek itu. Menjelang petang pada hari yang sama, Zhu ditangkap dan dibawa ke balai polis.
Ketika ditanya, Zhu mendakwa tidak mempunyai niat untuk menculik budak itu kerana dia hanya “bermain dengan anak itu.” Pihak berkuasa tempatan belum memfailkan tuduhan terhadap suspek pada waktu itu.
Lihat Video:

Sumber : citemalaya





0 comments:

Post a Comment