[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Sunday, July 15, 2018

Filled Under:

PADAH cuai , makcik tua pun bukan boleh dipercaya.




Pada waktu kini kecuaian sememangnya membawa padah . ini difokuskan kepada barangan barangan wajib dan keperluan termasuk identiti seperti telefon , kad pengenalan , kad bank , beg duit dan sebagainya . Ramai yang mengambil kesempatan atas kecuaian orang lain dan menunggu nunggu untuk perkara ini berlaku untuk diambil kesempatan .



Tak kira tua atau muda, barangan berharga seperti telefon pintar yang kini bernilai ribuan ringgit akan menggelapkan mata sesiapa sahaja melihat gajet tersebut tercicir dan akan mencari masa yang sesuai untuk mengambil kesempatan atas dari kecuaian orang lain . Itulah yang menjadi sebab utama dan sering diperingati bahawa kecuaian sememangnya membawa padah dan kerugian yang mungkin agak besar.
Viral di laman sosial rakaman cctv seorang wanita dalam lingkungan 40-50an telah dikatakan mengambil kesempatan atas kecuaian seorang lagi netizen yang meninggalkan telefon pintarnya diatas sebuah kerusi di sebuah Klinik. seorang wanita tua yang melihat telefon tersebut telah mencari peluang untuk mengambil telefon pintar tanpa menyedari bahawa ada rakaman CCTV perbuatan beliau dirakamkan.



Pemilik telefon pintar tersebut memviralkan perkara tersebut di laman sosial untuk mengesan wanita tua tersebut yang tidak disangka melakukan perkara tersebut memandangkan usianya yang lebih tua dan matang . Wanita tua tersebut dikutuk keras oleh netizen yang mengatakan bahawa beliau tidak sedar diri meskipun sudah tua . Namun ada juga menyalahkan pemilik telefon pintar tersebut kerana cuai.

Sumber : alerttvmalaysia




0 comments:

Post a Comment