Malam semalam, tragedi menimpa seorang kanak-kanak bernama Khumaira apabila tangannya putus akibat baju sejuk bersaiz besar yang dipakainya tersangkut di rim motosikal dinaikinya. Kejadian itu menyebabkan tangannya tertarik masuk dalam rim tayar motosikal sebelum terjatuh daripada motosikal yang dibonceng oleh salah seorang dari ahli keluarganya.
Tetapi apa yang istimewanya mengenai kemalangan itu, Khumaira langsung tidak menangis.
Bapa terkejut anak ajukan soalan sebegitu
Selepas kemalangan yang berlaku di Kampung Binjai Bongkok, Marang kira-kira 9.30 malam semalam, Khumaira telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Bapa mangsa, Zulkifli Mohamad berkata Khumaira bertanyakan soalan mengenai tangan palsu sebaik dia sedar daripada pembedahan pagi tadi.
ABOH, bila kakak nok pakai tangan palsu?
Katanya, dia terkejut apabila anak perempuannya itu menanyakan soalan tersebut memandangkan usia nya yang masih muda dan seakan-akan terima hakikat bahawa tangan sebelah kirinya sudah tiada.
Apabila kakak mengajukan soalan begitu, saya terkejut bagaimana dia boleh tahu mengenai perkara itu (tangan tidak dapat diselamatkan), namun saya dan isteri cuba memberi semangat kepadanya supaya jangan putus asa.
Langsung tidak menangis ketika kejadian
Kakak saudara Noor Aina Hananie (18 tahun) menceritakan semula detik malang berlaku semalam berkata, dia meminta Khumaira untuk menemaninya ke rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk mengambil cop pengesahan borang biasiswa bagi menyambung pelajarannya di kolej.
Khumaira duduk di belakang dan adik bongsunya berusia dua tahun duduk di tengah.Saya hanya mula menyedari kejadian apabila motosikal tiba-tiba bergerak perlahan dan ada suara mengadu sakit di belakang.Apabila saya berpaling, Khumaira sudah berada di atas jalan, jadi saya memberhentikan motosikal sambil memegang adiknya yang masih di belakang.
Kali pertama pakai sejuk ketika kejadian
Menurut ibu mangsa, Rohidayu Siup @Yusof (29 tahun) berkata baju sejuk dipakai Khumaira ketika kejadian merupakan kali pertama mangsa menggunakannya. Selain itu. Khumaira dianggap sebagai kanak-kanak luar biasa apabila dia tidak menangis sepanjang kejadian sebelum dibantu oleh penduduk kampung.
Kakak tak pernah memakai baju sejuk itu tapi pada malam tadi dia ambil untuk mengikut kakak saudaranya menaiki motosikal ke rumah tok penghulu.Sebaik mengetahui kejadian itu, saya bergegas ke lokasi dan menemani Khumaira untuk ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HSNZ untuk pembedahan menyambung tangannya.
Bagaimanapun, sebaik pembedahan selesai, kami sekeluarga dimaklumkan tangan Khumaira gagal disambung kerana keadaannya yang sudah hancur.
Sumber: Harian Metro via tvbulan
0 comments:
Post a Comment