Scroll ke bawah untuk video penuh
Video ini memperlihatkan bagaimana pihak Hermes menndapat stok kulit buaya untuk penghasilkan beg jenama terkenal, Birkin dan beberapa model beg yang lain.
Kulit buaya Nile digunakan untuk pembuatan beg ini dan sekitar tiga ekor buaya perlu dikorbankan untuk menghasilkan satu beg Birkin atau Kelly. Beg Birkin biasa berharga sekitar USD47,000 (RM186,000+-) dan untuk edisi kulit buasa boleh mencecah harga USD100,000 (RM397,000+-). Inilah realiti sebenar di sebalik beg mewah ini. Cara untuk mengambil kulit buaya ini memang kejam dan biasanya, pembeli tidak tahu tentang perkara ini.
Sebuah video yang dimuat naik di Facebook memaparkan penyiasat peta2 mendokumentasi proses pembuatan barangan mewah menggunakan kulit buaya terus dari sumbernya. peta2 merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan pada tahun 2002 bagi melindungi nasib haiwan-haiwan yang teraniaya. Selain itu, peta2 turut memperjuangkan hak asasi haiwan yang tidak terbela.
Haiwan-haiwan ini dibunuh secara kejam bagi mendapatkan kulitnya untuk dijadikan aksesori fesyen berjenama mewah. Sesetengah buaya ini kelihatan masih hidup dan berusaha untuk melarikan diri, beberapa minit selepas para pekerja ‘mencabut’ nyawa mereka.
Amerika Syarikat memiliki beberapa kilang pemprosesan kulit buaya. Kilang yang beroperasi di Winnie, Texas menjadi tumpuan para penyiasat peta2. Alangkah terkejutnya apabila mereka mendapati haiwan-haiwan ini ditempatkan di kawasan yang gelap, busuk dan tanpa sumber air yang bersih mahupun cahaya matahari.
Buaya-buaya ini dibunuh seawal usia 1 tahun menggunakan senjata elektrik mahupun ditoreh dengan kejam secara hidup-hidup. Perkara yang hampir sama berlaku di fasiliti yang beroperasi di Zimbabwe, Afrika. Beribu ekor buaya dikurung dalam kurungan konkrit sejak lahir sehingga disembelih.
Secara amnya, seekor buaya boleh hidup sehingga mencecah usia 80 tahun. Namun jangka hayat spesis Crocodylinae di sini hanyalah tiga tahun sebelum dibunuh dan kulitnya dijadikan beg tangan, jam dan dompet berjenama mewah.
Sejak di muat naik pada 25 Jun lalu, dokumentasi pendek tersebut dikongsi lebih 47 ribu pengguna Facebook dan mendapat 15 ribu likes. Laman Twitter turut dipenuhi pelbagai reaksi yang rata-ratanya terkejut dengan kekejaman yang dipraktikkan terhadap haiwan reptilia ini.
Sumber: astroawani
10 Fakta Tentang Beg Tangan Popular Hermès Birkin Yang Anda Belum Tahu
Ternyata, perkataan Hermes itu sendiri membawa dua maksud berlainan iaitu:-
HERMES yang dikenali sebagai ‘Pesuruh Tuhan’ dalam kalangan masyarakat Greek.
HERMÉS yang merupakan jenama fesyen terkemuka berasal dari Paris, Perancis.
HERMÉS yang merupakan jenama fesyen terkemuka berasal dari Paris, Perancis.
Yang penulis mahu mendedahkan sekarang ini adalah HERMÉS dalam kategori nombor dua.
Selain popular dengan rekaan skraf sutera bercetak, HERMÉS juga terkenal dengan ciptaan beg tangan yang membuat ramai wanita dan para peminat fesyen seluruh dunia. Bahkan, ia merupakan antara beg tangan termahal di dunia iaitu Hermès Birkin.
Bukan calang-calang orang yang boleh memiliki Hermès Birkin. Hanya mereka yang berstatus sahaja mampu memilikinya kerana sebuah beg tangan Birkin mampu mencecah dari $12,000 untuk yang bersaiz kecil hingga $223,000 untuk yang bersaiz besar.
Namun begitu, apa yang membuatkan harganya melambung tinggi? Ini 10 fakta menarik tentang Hermès Birkin yang anda perlu tahu!
#1 Sekitar 1981, Jane Birkin seorang artis dan penulis lagu kelahiran Britain yang berpangkalan di Perancis telah duduk di sebelah CEO Hermès waktu itu, Jean-louis Dumas dalam sebuah penerbangan. Hendak dijadikan cerita, kebanyakan isi dan barangan peribadi milik Jane asyik terluah dari beg tangan bakulnya. Dari situlah idea untuk menghasilkan Hermès Birkin bermula.
Jane Birkin bersama beg tangan kegemaran yang menjadi ikutan ramai era itu. Sumber: The Daily Whip
Jane Birkin bersama beg tangan bakul kegemarannya yang menjadi ikutan ramai era itu. Sumber: The Daily Whip
Gambaran perbualan antara Jean-Louis dan Jane Birkin:-
Jane Birkin bersama beg tangan bakul kegemarannya yang menjadi ikutan ramai era itu. Sumber: The Daily Whip
Gambaran perbualan antara Jean-Louis dan Jane Birkin:-
Jean: “Awak seharusnya memiliki beg tangan yang mempunyai poket.”
Jane: “Ya, suatu saat nanti apabila Hermès mengeluarkan beg tangan yang mempunyai poket, saya akan membelinya.”
Jean: “Sayalah orang itu (Ketua Pegawai Eksekutif Hermès) dan saya akan mencipta satu untuk awak. Apa kata awak lukiskannya untuk memberi saya gambaran rekaan beg yang awak mahukan.”
Mereka berdua berbincang sambil melukis rekaan yang kini digelar sebagai ‘Hermès Birkin Bag’.
#2 Ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang tersebut.
#3 Tidak seperti wanita lain, persepsi Jane Birkin terhadap beg tangan ikonik itu agak berbeza. Jane hanya akan menggunakan satu beg Birkin untuk tempoh yang lama sehingga beg itu rosak sendiri sebelum ia dilelong untuk tujuan kebajikan.
Beg Birkin kesayangan Jane Birkin. Sumber: PurseBlog
Jane juga lebih cenderung menukar gaya formal beg itu kepada gaya yang lebih ranggi dengan menambah rantaian sebagai perhiasan pada beg birkin miliknya serta pelekat dan motif tampalan mengikut cita rasa dan gaya kasual wanita Perancis.
Jane juga lebih cenderung menukar gaya formal beg itu kepada gaya yang lebih ranggi dengan menambah rantaian sebagai perhiasan pada beg birkin miliknya serta pelekat dan motif tampalan mengikut cita rasa dan gaya kasual wanita Perancis.
#4 Secara amnya, Jane akan menerima beg Birkin secara percuma sebagai imbuhan kepada penggunaan namanya untuk beg tersebut. Meskipun beliau tidak dibayar semahal jumlah bayaran untuk seorang duta mahupun wajah bagi jenama Hermès sendiri, kini jenama tersebut bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai royalti atas penggunaan namanya itu kepada Jane yang kemudiannya akan disumbangkan kepada badan kebajikan pilihannya. Media Telegraph pernah melaporkan pada tahun 2012 bahawa jumlah yang dibayar oleh Hermès kepada Jane Birkin adalah £30,000 (RM166,890).
#5 Untuk beg tangan Birkin sahaja, terdapat sekurang-kurangnya 25 tona biru yang berbeza seperti dilaporkan oleh BBC termasuklah warna biru klasik kegemaran ramai seperti Blue Jean, Mykonos dan Bleu Roi.
#6 Sebuah Hermès Birkin akan memakan masa 48 jam untuk disiapkan. Ini kerana produksinya masih lagi memanfaatkan teknologi lama pembuatan tangan di mana, hanya seorang pereka yang akan bertanggungjawab ke atas setiap satu pembikinan beg Hermès Birkin. Setiap seorang kakitangan adalah terlatih dan mempunyai kepakaran halus masing-masing bagi menghasilkan sebuah beg tangan ikonik yang bukan sahaja cantik, malah berkualiti membuatkan harganya melambung tinggi.
BACA: YEKE? JOM KETAHUI PERSONALITI DIRI MELALUI JENIS BEG TANGAN ANDA
#7 Tidak seperti kilang produksi lain, difahamkan setiap kakitangan pembuat beg Hermès Birkin mempunyai set ketukangan peribadi yang tidak dikongsi bersama kakitangan lain. Pembuatan beg Birkin adalah rumit sekaligus akan memakan masa mengikut cara individu tertentu menyiapkannya. Ia lebih memudahkan jika seorang kakitangan mempunyai alatan mereka yang sendiri.
#8 Birkin termahal pernah dilelong untuk sejumlah suku juta dollar. Beg Birkin kulit buaya rona merah jambu fuschia itu dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat telah berjaya dilelong kepada seorang pembida bertelefon pada acara lelong Christie di Hong Kong pada Jun tahun lalu.
#9 Tidak susah pun hendak mendapatkan sebuah Birkin jika anda pandai membodek kakitangan butik meskipun baru sahaja melangkah masuk buat kali yang pertama. Yup! Jika anda bertuah hari itu, sudah tentu anda dapat membelinya secara langsung tanpa perlu menulis nama pada senarai menunggu.
BACA: LIHAT BAGAIMANA BEKAS PRAMUGARI INI BERUBAH MENJADI WANITA PALING KAYA SINGAPURA
Jamie Chua, Wanita paling kaya di Singapura adalah salah seorang insan bertuah yang memiliki Hermès Himalayan Crocodile Birkin.
#10 Ramai yang keliru dan menyangka Hermès Himalayan Crocodile Birkin adalah nama yang diberikan berdasarkan kulit buaya (diperbuat daripada bunya jenis Niloticus, haiwan Afrika) untuk menghasilnya beg tangan eksotik itu. Namun, anda salah kerana perkataan ‘Himalayan’ adalah merujuk kepada campuran warna pada beg tersebut menggabungkan putih samar bersama coklat keperangan umpama gunung Himalaya yang diliputi salju.
Sumber: wanista
diolah oleh: empiremedianetwork
diolah oleh: empiremedianetwork
Sumber : sinarvirall
0 comments:
Post a Comment