[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 24, 2018

Filled Under:

Selama 7 Jam Najib Razak Di Soal Siasat, Apa Sebenarnya Yang Terjadi Selama 7 Jam



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beredar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 4.50 petang Khamis selepas lebih enam jam memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd.
Najib berkata, beliau telah pun memberikan keterangan pada hari kedua kepada SPRM bermula dari pukul 10 pagi hingga 4.30 petang.
“Saya telah jawab semua soalan dengan sebaik-baiknya. SPRM telah melakukan kerja-kerjanya dengan profesional.
“Mereka kata bahawa sesi keterangan telah pun selesai,” katanya kepada pemberita di perkarangan ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Najib yang berpakaian sut hitam dan kemeja putih tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.45 pagi Khamis untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes SRC International.
Kehadiran Najib bagi memberi keterangan buat kali kedua berhubung siasatan membabitkan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pada Selasa, Najib hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan selama lebih lima jam berhubung kes yang sama.
Selain Najib, Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo turut hadir ke ibu pejabat SPRM pada pagi Khamis untuk bertemu dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB, dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1MDB.
Justo meninggalkan bangunan pada pukul 1.05 petang.
Masa bermain politik sudah berlalu – Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tindak-tanduk kerajaan Pakatan Harapan (PH) berbeza ketika mereka menjadi pembangkang, apabila sudah berkuasa dan memegang jawatan utama seperti Menteri Kewangan atau PM.
Menerusi entri terbaharu bertajuk Cerita Politik atau Fakta? (Political narrative or facts?) di Facebook peribadinya, Najib berkata, dakwaan mengatakan bahawa hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini 65 peratus, iaitu perbezaan ketara dari angka rasmi 50.9 peratus, dan mengatakan bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion tetapi tidak memberikan butir terperinci mengenai apa yang dimaksudkannya, hanya menimbulkan kesukaran dalam pasaran kewangan, agensi penarafan dan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia (BNM).
“Sepatutnya harus ada perbezaan jelas antara naratif politik dan fakta. Mencampur aduk kedua-duanya akan menimbulkan keraguan mengenai krediliti dan profesionalisme institusi terbabit, yang ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mengikut piawaian antarabangsa.
“Berdasarkan daripada kenyataan yang membimbangkan dan mengelirukan ini, Indeks Bursa Malaysia mengalami kejatuhan paling banyak di antara semua pasaran saham di seluruh dunia, mengakibatkan berpuluh bilion ringgit dalam nilai pasaran hilang dalam tempoh satu hari.
“Indeks Bursa negara kita turun 40.78 mata hari ini atau 2.21 peratus, sedangkan Indeks Bursa Indonesia meningkat kepada 0.71 peratus.
“Sebuah portal berita perniagaan The EdgeMarkets berkata, kejatuhan mendadak dalam pasaran saham negara disumbangkan oleh kebimbangan terhadap hutang awam,” katanya.
Najib berkata, sudah tentu kejatuhan ini akan menjejaskan dana negara seperti seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PNB (Permodalan Nasional Berhad), dan (seterusnya) boleh menurunkan kadar dividen bagi anggotanya untuk tahun ini.
“Begitu juga, apabila ada kenyataan dikeluarkan bahawa kita tidak perlu bimbang mengenai agensi penarafan kredit negara yang diturunkan (sedangkan) ia akan mengakibatkan menggusarkan keyakinan terhadap institusi kita,” katanya.
Beliau berkata, penurunan nilai akan menyebabkan kos pembiayaan hutang menjadi lebih tinggi, iaitu sebanyak RM10 bilion setahun ke atas negara dan ia menyebabkan bank membuat pinjaman dari pasaran antarabangsa untuk menampung kerugian.
Katanya, ia juga boleh menyebabkan aliran keluar modal yang besar daripada pelabur asing dan membuatkan nilai Ringgit menjadi semakin lemah.
“Walaupun anda (kerajaan Pakatan Harapan) mungkin mahu memfitnah dan menyalahkan saya untuk memberikan persepsi mengenai kedudukan kewangan yang sangat teruk, untuk membenarkan mengapa anda tidak dapat menunaikan janji manifesto anda, dan memotong perkhidmatan awam secara besar-besaran, anda harus ingat bahawa negara dan rakyat mesti didahulukan.
“Anda juga boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai 1MDB atau memberitahu separuh cerita mengenainya untuk menyalahkan saya, tetapi masa untuk bermain politik sudah berlalu.
“Kata-kata yang diucapkan ketika berkuasa menyebabkan kerugian sebenar kepada negara dan rakyat, seperti yang terbukti hari ini menerusi kejatuhan pasaran saham. Ia bukan mengenai undi lagi,” katanya.
Sumber : langitbiru




0 comments:

Post a Comment