[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Sunday, May 27, 2018

Filled Under:

Saya Pergi Tabung Haji, Keluarkan Duit Bukan Lari Kata Jamal


KUALA LUMPUR – Setelah ‘hilang’ hampir 40 jam, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar. Jamal melalui satu kiriman rakaman suara yang dihantarkan kepada wartawan SuaraTV sebentar tadi berkata ketika hari kejadian pihaknya telah bergegas untuk Tabung Haji bagi mengeluarkan duit.
Jamal turut menjelaskan dia kemudianya mengambil keputusan untuk berehat terlebih dahulu dan berjanji akan memberikan kerjasama kepada pihak polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat sebelum ini berkata, polis sedang giat mengesan kedudukan Jamal untuk menyelesaikan proses dokumentasi tersebut.
Jamal dikatakan hilang dari hospital tempatnya membuat rawatan sakit belakang itu antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah. Jamal disiasat berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pagar pintu masuk bangunan pentadbiran kerajaan negeri Selangor Oktober tahun lepas.
Sementara itu peguam Jamal, Datuk Mohd Imran Thamrin melalui satu kenyataan sebentar tadi turut mengesahkan Jamal telah menghubunginya dan beraedia memberikan kerjasama bagi menyempurnakan proses ikat jamin. Beliau turut berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis berkenaan perkembangan ini. – SuaraTV
Aksi ‘hilang’ hanya satu salah faham – Jamal Yunos
KUALA LUMPUR: Aksi ‘hilang’ Datuk Seri Jamal Md Yunos dari Hospital Sungai Buloh baru-baru ini hanya satu salah faham.
Dalam satu rakaman suara menerusi WhatsApp yang dikeluarkan bersama kenyataan peguamnya pada jam 4 pagi hari ini, Jamal berkata dia tidak berniat untuk melarikan diri dan akan beri kerjasama kepada pihak polis.
“Apa yang berlaku pada Jumaat, selepas dituduh di Majistret Shah Alam dan Ampang, saya mendapati reman saya telah habis dan jaminan atas tuduhan itu juga telah diseleasikan.
“Pada jam 3.15 petang, kerana saya sangka urusan jaminan sudah selesai, saya keluar dari hospital untuk ke Tabung Haji untuk mengeluarkan duit untuk membiayai kos reman dan sebagainya.
“Selepas selesai di Tabung Haji, saya dapat panggilan yang memberitahu saya diburu oleh pihak polis. Tetapi dalam keadaan saya kurang sihat, saya pergi berehat dahulu,” kata Jamal.
Jamal juga mengakui dia masih ada beberapa dokumen dalam surat jaminan yang tidak ditandatangani, namun menegaskan dia tidak melarikan diri daripada polis.
Dalam kenyataannya, peguam Jamal, Datuk Mohd Imran Tamrin, berkata situasi ini telah dieksploitasi dengan tanggapan negatif dan menegaskan anak guamnya akan memberikan kerjasama sewajarnya.
Pada 25 Mei lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ‘kehilangan’ Jamal itu berlaku antara pukul 5 ke 6 petang ketika pihak polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.
Dalam satu kenyataan berasingan, Fadzil memberitahu, Jamal telah dituduh sebanyak tiga pertuduhan di hospital tersebut.
Bagaimanapun katanya, pihak majistret telah menawarkan ikat jamin RM3,000 untuk setiap kes.
 Sebelum ini : Selepas 30 jam, Jamal Yunos masih tidak muncul – Polis
Selepas hampir 30 jam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos masih belum muncul selepas ‘hilang’ ketika proses jaminan mahkamah yang dibuat di Hospital Ampang Puteri di sini petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya giat mengesan kedudukan Jamal untuk menyelesaikan proses dokumentasi tersebut.
“Setakat ini (10 malam), kami belum dapat mengesan kedudukan beliau (Jamal). Kita berharap dia tampil dan bekerjasama untuk menyelesaikan proses jaminan mahkamah ini,” katanya.

Sumber : langitbiru





0 comments:

Post a Comment