[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 23, 2018

Filled Under:

RUMAH WANITA DIDAKWA PERISIK NAJIB DISERBU! BUKAN CALANG2 WANITA RUPANYA..


KUALA LUMPUR: Sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserbu hujung minggu lalu.
Menurut laporan Malaysia Decides, wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.
Wanita itu dilaporkan sedang bercuti sementara menunggu siasatan ke atas Najib.
Portal berita itu turut melaporkan bahawa polis Bukit Aman turut menyerbu rumahnya di Seri Kembangan.
Mereka juga menyita dua buah bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dipercayai digunakan untuk menjalankan operasi tersebut.
Bagaimanapun, tiada dokumen ditemui.
Menurut sumber kerajaan yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysia Decides, pasukan itu mendapat pembiayaan besar-besaran dan digunakan untuk mengesan pengkritik kerajaan di dalam dan luar negara.
Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.
“Ia pada dasarnya sebagai agensi pengintip, dan semua aktivitinya untuk menjaga kuasa Najib,” lapor portal itu.
Video Sumber Dari Youtube
sumber: mstar
Image result for najib pakai baju tentera

Bahri kembali ke SPRM, mungkin sertai siasatan SRC, 1MDB

Tiga tahun lalu, ketika polis mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International, pengarah bahagian operasi khasnya ketika itu Datuk Bahri Mohd Zin berikrar untuk mencari dalang yang mengganggunya “sehingga ke lubang cacing”.
Pegawainya disiasat dan pejabat mereka diserbu polis, malah timbalan pendakwa raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi ditahan.
Bahri, bersama-sama seorang lagi pegawai kanan, Rohaizad Yaakob, kemudian dipindahkan dari SPRM ke Pejabat Perdana Menteri – sama seperti bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.
Bahri dan Rohaizad kini kembali selepas pertukaran kerajaan berikutan kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam PRU ke-14.
Bahri yang bersara awal tahun lalu kini berpeluang untuk mencari pihak yang bertanggungjawab mengarahkan polis mengganggu SPRM dan pegawainya.
Beliau kemungkinan akan diberi peluang menyelesaikan misinya itu apabila kembali menjadi pengarah bahagian operasi khas SPRM.
“Ya, saya akan kembali melapor diri hari ini,” katanya kepada Malaysiakini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu.
Minggu lalu, Bahri (gambar) dipetik berkata Tuhan telah memakbulkan doanya selepas HARAPAN yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menumbangkan BN pada PRU ke-14.
Perkembangan ini selepas bekas ketuanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull kembali ke SPRM sebagai ketua pengarah berkuatkuasa semalam.
SPRM panggil Najib
Seperti namanya, jabatan Bahri adalah untuk menyiasat kes-kes khas – yang melibatkan wang berjumlah lebih daripada RM1 juta dan kes sensitif melibatkan dana awam.
Bahagian itu dikatakan telah menyiasat SRC – sebelum ini subsidiari 1MDB – terutama berhubung wang RM42 juta yang dipindahkan ke akaun bank bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber menyifatkan siasatan SRC adalah kes yang tidak kompleks, bukan seperti kes 1MDB yang melibatkan beberapa negara. Ia bagaimanapun terhalang akibat tindakan polis.
Bahagian itu juga dikatakan telah dikecilkan ketika SPRM diketuai Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dan difahamkan ia akan dikembalikan seperti sebelumnya.
Ironinya, Najib dijadualkan hadir ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberi keterangan antara lain berhubung kes SRC itu.
Bahri dijangka akan menyambung kembali tugasnya untuk menyiasat Najib, SRC dan juga 1MDB. Sebelum ini, mereka dinafikan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membolehkan mereka ke luar negara dan berkerjasama dengan penyiasat di sana yang menyiasat skandal itu.
Pada Januari 2016, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan berkaitan siasatan SPRM.
  1. Sumber : mstar / malaysiakini
    Kredit : hmedia via medialetops
Sumber : sinarvirall





0 comments:

Post a Comment