[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Wednesday, May 30, 2018

Filled Under:

Piala Dunia 2018 Akan Disiarkan Di RTM. Ini Jumlah Peruntukkan Yang Dikeluarkan Untuk Piala Dunia


Acara sukan number 1 dunia yang hanya 4 tahun sekali iaitu Piala Dunia kembali lagi. Baru baru ini ramai meminta kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Harapan untuk menyiarkan Piala Dunia secara percuma kepada rakyat Malaysia. Suara rakyat lagi sekali didengar ..
PUTRAJAYA: Perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 di Rusia akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata perincian mengenai pemilihan perlawanan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
“Setakat ini kita maklumkan Piala Dunia akan disiarkan di RTM 1. Maklumat selanjutkan akan diberitahu kemudian.
“Mungkin esok,” katanya ditemui media selepas Mesyuarat Kabinet kedua di Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini.
Beliau berkata, cadangan itu dibawa ke mesyuarat Kabinet pagi tadi dan diluluskan.
Semalam, Gobind memaklumkan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet berhubung kebenaran mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.
Piala Dunia 2018 berlangsung bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan.
Putrajaya peruntuk RM40 juta untuk RTM siar Piala Dunia
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kabinet memperuntukkan RM40 juta untuk membeli hak penyiaran berkenaan.
Gobind berkata butiran mengenai bagaimana peruntukan berkenaan dibelanjakan akan dijelaskan semasa taklimat khas mengenai kewangan negara esok.
“Secara keseluruhan, saya boleh katakan sekarang angka yang kabinet bahas sebelum ini ialah RM40 juta.
“Sudah tentu akan ada penaja dan sebagainya dan mereka akan menyerap sebahagian besar daripadanya,” katanya selepas mempengerusikan pertemuan dengan pegawai kementeriannya petang ini.

Sumber : langitbiru





0 comments:

Post a Comment