Semalam viral di laman Twitter rakaman seorang lelaki telah menegur tudung YB Nurul Izzah secara langsung di FBI Live. Teguran ini dianggap keterlaluan kerana lelaki tersebut telah menerangkan secara terperinci keadaan tudung yang terselak.
Dai Wan Dazrin sebelum ini menjelaskan ada beberapa peringkat dalam menegur. Teguran individu tersebut telah dikategorikan salah laku dalam bab teguran.
Viral di laman sosial
Video yang berdurai 0:51 saat ini menunjukkan lelaki tersebut menegur tudung YB Nurul Izzah yang terselak sewaktu berjumpa di sebuah balai berita. Apa yang memalukan adalah teguran yang dibuat terlalu terperinci sampai berubah terus muka YB!
Di Twitter, Da’i Wan telah memberi respon cara teguran yang dibuat tersebut salah dan dikategorikan salah laku dalam bab teguran. Ia bukan lagi teguran tetapi bukaan aib yang memang disengajakan.
Respon Da’i Wan
Dunia hari ini macam-macam jenis manusia ada, dalam bulan Ramadhan pula tu, benarlah syaitan yg level ‘Gabenor’, mereka merata-rata. Kalau kita tak jaga iman kita, puasa kita takkan mampu jadi ‘Perisai’.
Sumber : Da’i Wan / Ohbulan
Kredit : berita steady
Sumber : medialetop
0 comments:
Post a Comment