[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Friday, May 25, 2018

Filled Under:

Keluarga Anwar Ibrahim Dikecam Kerana Guna Jet Kerajaan Dan Akhirnya Nurul Izzah Bersuara



KUALA LUMPUR: Netizen Malaysia memang sentiasa menunggu peluang dan bersedia untuk mengkritik sesuatu, dalam pelbagai situasi.
Terbaru adalah melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sdan keluarganya yang didakwa menggunakan pesawat jet milik kerajaan.
Dalam gambar yang tular di media sosial, Wan Azizah dilihat bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua anak perempuannya, Nurul Hana dan Nurul Iman dalam pesawat tersebut.
Antara komen netizen
“Wan Azizah, DSAI and anak2 naik private jet. Siap upload gmbar. Come on Rakyat Malaysia. Do your thing!!! Bash bash!!!”
“Pasni wan azizah plak bleh request beli private jet senang nak ulang alik jaga kajang dgn permatang pauh.”
.
Tersebar satu screenshot dari Instgram Dr Wan Azizah yang menaiki Jet Kerajaan untuk memenuhi jemputan Istana Kelantan.. Bagi aku takda masalah Dr Wan Azizah menggunakan kemudahan kerajaan memandangkan kedudukan dia sebagai ketua Kerajaan..
Cuma aku nak tegur sikit.. Kurang Cermat, untuk memuat naik gambar di media Sosial.. apa lagi membawa 2 orang anak Dr Wan Azizah yang bukan sebahagian dari delegasi Kerajaan bergambar di dalam Jet Kerajaan..
Jangan rosakkan wajah dan nilai intergriti Kerajaan Pakatan Harapan, Tun Mahathir pun tak pernah Selfie macam tu.. Jadi berhati2..
Satu Lagi, Kurangkan melayan kehendak Istana dengan menggunakan kemudahan Kerajaan melainkan melayan kehendak Rakyat..Tugas Pemimpin Pakatan Harapan hari ini melayan kehendak dan keperluan rakyat.. Ingat Sumpah Reformasi dulu.. Ingat apa makna Islah..
Aku dulu dipanggil penkagum Ds Anwar..tapi tidak bermakna semua tindakan dan perkara kita bersetuju bila menyentuh soal Reformasi da Islah dalam Kerajaan baru.. – Ahmad Muslim Badawi Badawi

RESPOND NURUL IZZAH

Bagaimanapun, ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar hari ini mengesahkan kunjungan ke Istana Kelantan malam tadi merupakan jemputan rasmi untuk mereka sekeluarga.
“Itu merupakan jemputan rasmi Istana yang menjemput Wan Azizah sekeluarga.
“Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi,” jelasnya di akaun Twitter hari ini.
Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah sekeluarga. Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet utk bercuti dan keperluan peribadi. Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi https://twitter.com/thedukeofkl/status/999848698455642112 
Dalam pada itu, Wan Azizah sekeluarga melakukan kunjungan hormat mengadap Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, bonda dan ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Hamid dan Sultan Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan di Istana Mahkota.

SUMBER : ASTRO AWANI via kualalumpurviral




0 comments:

Post a Comment