JUMLAH keseluruhan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas di Pavilion Residences, Bukit Bintang, minggu lalu dianggarkan berjumlah hampir RM120 juta
Sumber berkata, pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menyelesaikan tugas mengira wang tunai yang dirampas di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, pagi tadi.
“Proses mengira wang tunai bermula pada Isnin kerana penyiasat memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan proses dilakukan dengan teliti.
“Sebanyak 35 beg mengandungi wang tunai dikira oleh anggota polis dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM). Jumlah keseluruhannya adalah lebih RM120 juta,” katanya.
Beg berkenaan adalah antara 284 kotak yang diisi dengan beg tangan berjenama, jam tangan, barang kemas dan wang tunai dalam pelbagai mata wang yang dirampas dalam pemeriksaan ke atas tiga unit kondominium mewah terbabit.
Pemeriksaan itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan polis ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, enggan mengulas lanjut mengenai jumlah wang yang diperiksa berikutan siasatan masih dijalankan.
“Maaf… pada masa ini saya tidak dapat memberikan pengesahan mengenai jumlah wang tunai yang sudah selesai dikira kerana siasatan masih berjalan.
“Saya akan menyatakannya dalam sidang media yang akan datang berhubung perkembangan terkini siasatan,” katanya.
Isnin lalu, proses pengiraan 11 beg mengandungi wang tunai dijalankan oleh JSJK bermula 10 pagi dan berakhir pada 8.30 malam, sebelum proses pengiraan 16 lagi beg berjalan semalam.
Hari ini sebanyak lapan lagi beg dikira oleh JSJK sebelum kesemuanya diserahkan kepada BNM dengan kawalan ketat pihak polis.
Sumebr: harian metro
Sebelum itu..
LEBIH RM1.2 JUTA DIRAMPAS DARI KEDIAMAN PENGERUSI TABUNG HAJI
Baru sahaja beberapa hari selesai penggeledahan di kediaman Datuk Seri Najib Razak dan rumah agensi perisik yang dipercayai membantu bekas Perdana Menteri itu, hari ini satu lagi serbuan dibuat oleh pihak berkuasa diketahui umum.
Menurut Astro Awani, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga merupakan Pengerusi Tabung Haji (TH).
Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud mengesahkan bahawa serbuan di rumah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang terletak di Baling, Kedah itu telah dilakukan semalam. Serbuan bermula sekitar jam 1 petang di rumah Azeez dan beberapa lokasi termasuk ibu pejabat Tabung Haji yang terletak di Kuala Lumpur.
Sehingga semalam, wang tunai berjumlah hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta dirampas. Beberapa dokumen dan barang kemas juga telah disita oleh SPRM Putrajaya dengan dibantu oleh SPRM Perlis.
“Kami ada merampas timbunan mata wang asing dan masih dalam proses pengiraan sekarang,” kata sumber.
“Serbuan masih berjalan di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor.”
Sumber: Berita Harian
Shukor kemudian memaklumkan bahawa pihaknya tidak pasti jika Azeez akan ditangkap atau tidak.
“Tindakan oleh SPRM Putrajaya, SPRM Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.”
“Kes apa beliau disiasat, itu kena rujuk Putrajaya. Kes ini bawah Putrajaya, boleh rujuk Pengarah Kanan (Siasatan).”
Difahamkan serbuan tersebut dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.
Semakin hari semakin banyak serbuan dibuat. Semoga kes dapat diselesaikan secepat mungkin.
SUMBER: LOBAKMERAH
TERKINI! TIBA GILIRAN RUMAH AZEEZ RAHIM DISERBU SPRM BERKAITAN TABUNG HAJI. INI JUMLAH RAMPASAN SPRM
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim, malam tadi.
Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.Tindakan oleh SPRM Putrajaya, Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.
“Kes apa beliau disiasat boleh rujuk Pengarah Kanan (Risikan) Putrajaya, kes ini di bawah Putrajaya, ” katanya.Menurut sumber, siasatan membabitkan Pengerusi Tabung Haji itu bagi membantu kes rasuah dan salah guna kuasa.
SPRM Putrajaya dengan dibantu SPRM Perlis menyerbu rumah dan pejabat di Baling, malam tadi,” katanya.Sementara itu menurut sumber lain, SPRM turut menyerbu satu lagi premis milik Azeez di Subang Jaya, Selangor.
Pemeriksaan di ketiga-tiga premis masih berjalan dan SPRM turut menyita sejumlah wang tunai di satu daripada lokasi pemeriksaan itu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM kerana menerima suapan. Ia membabitkan kes pemberian projek TH kepada kontraktor,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Abdul Azeez perlu semak jika SPRM rampas RM500k, barang kemas
Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengesahkan bahawa pejabat parlimen dan rumahnya di Baling, Kedah diserbu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Ketika dihubungi, Abdul Azeez bagaimanapun berkata dia perlu menyemak semula jumlah wang tunai dan barangan kemas yang dilaporkan dirampas kerana dia tidak berada di rumah ketika kejadian.
“Mungkin ada wang tunai (yang dirampas). Saya perlu semak semula kerana saya tak ada di rumah di Baling.
“Saya akan semak dan maklumkan semula,” kata pengerusi Lembaga Tabung Haji itu kepada Malaysiakini.
Abdul Azeez berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan Malay Mail yang memetik sumber SPRM sebagai berkata bahawa pegawai siasatan merampas lebih setengah juta wang tunai, beberapa dokumen dan barang kemas ketika serbuan berkenaan.
Diminta mengulas lanjut, Azeez hanya berkata “saya tidak tahu.”
Dia bagaimanapun berikrar akan memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan SPRM itu.
“Sudah tentu (saya akan beri kerjasama). Tapi mereka tidak maklumkan sama ada mereka akan panggil saya,” katanya.
Berita Harian awal hari ini memetik Pengarah SPRM Perlis Mohd Shukor Mahmud yang juga mengesahkan serbuan di rumah dan pejabat Azeez.
“Serbuan itu dilakukan oleh SPRM Putrajaya. SPRM Perlis sekadar membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.
“Kes apa yang dia disiasat, itu perlu rujuk kepada Putrajaya. Kes ini dikendalikan oleh Putrajaya,” kata Mohd Shukor dipetik sebagai berkata.
sumber: malaysiakini via sinarvirall
0 comments:
Post a Comment