[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Thursday, May 24, 2018

Filled Under:

Inilah Fakta disebalik hutang RM1 trilion negara yang buat Azwan Bro Terduduk!


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini membidas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang membidas pengumuman kerajaan sekarang bahawa hutang negara sekarang berjumlah RM1 trilion.
Najib dilaporkan berkata kenyataan itu “hanya akan menimbulkan keraguan terhadap pasaran kewangan, mengejutkan agensi penarafan kredit dan menjejaskan keyakinan pelabur dalam institusi negara seperti Bank Negara Malaysia”.
“Izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan liabiliti bernilai RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, seperti yang diumumkan sebelum ini.
“Pertamanya, hutang kerajaan persekutuan adalah RM686.8 bilion iaitu 50.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Selain itu, kerajaan juga perlu membayar jaminan kerajaan kepada pelbagai entiti yang gagal untuk membayar hutangnya. Jumlah ini adalah sebanyak RM199.1 bilion (14.6 peratus daripada KDNK).
“Antara jaminan itu melibatkan entiti seperti Danainfra Nasional Bhd. (RM42.2 bilion), Govco Holdings Bhd. (RM8.8 bilion), Prasarana Malaysia Bhd. (RM26.6 bilion), Malaysia Rail-link Sdn. Bhd. (RM14.5 bilion) serta dianggarkan RM38 bilion untuk 1MDB,” katanya.
Menurut Lim, selain jumlah berkenaan, kerajaan juga dikehendaki untuk menjelaskan pelbagai pajakan untuk pelbagai projek awam swasta seperti pembinaan sekolah, balai polis, jalan raya serta lain-lain yang berjumlah RM201.4 bilion (14.9 peratus daripada KDNK).
Katanya, meskipun tampuk kepemimpinan kerajaan persekutuan sudah berubah, namun tanggungjawab dan komitmen terhadap kewangan negara adalah masih sama.
“Dalam tempoh jangka pendek, keputusan untuk memberi kebenaran mungkin menimbulkan ketidak selesaan kepada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.
“Bagaimanapun, kita percaya bahawa dalam tempoh sederhana, dengan mengakui situasi hutang hari ini, kerajaan dapat mengambil langkah konkrit untuk mengawal selia dan mengukuhkan kedudukan kewangan,” katanya.
Menurut Lim, kerajaan baru Pakatan Harapan akan melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip-prinsip kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT).
“Kami mahu menubuhkan garis dasar sebenar mengenai keadaan kewangan, mendiagnosis masalah dan kemudian mencadangkan semua tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Sebelum Ini Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun Tanya Dari Mana Perdana Menteri ‘Petik’ Angka 1 Trillion? Ini Sebabnya Kenapa Dia Tanya

HUTANG semasa negara berkadar RM1 trilion seakan bercanggah dengan laporan ekonomi domestik yang dikemukakan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata, mengikut rekod, hutang negara yang diumumkan menerusi laporan BNM setakat Disember 2017 adalah RM686.8 bilion.
Katanya, angka itu selaras standard dunia yang digunakan untuk mengukur kadar hutang negara, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kesahihan pengumuman terbaharu oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
“Perdana Menteri mengumumkan hutang Malaysia ketika ini berada pada paras membimbangkan, iaitu RM1 trilion. Justeru tidak mustahil ada yang mempersoalkan kesahihannya kerana ia satu kadar yang terlalu besar.
“Jika disemak kembali, laporan BNM terbitan Mac 2018 menunjukkan ekonomi domestik Malaysia berada dalam keadaan baik. Ekonomi negara diunjurkan berkembang pada kadar utuh iaitu antara 5.5 peratus dan enam peratus untuk 2018.

PETIK DARI MANA?

“Oleh itu, persoalannya, dari mana Perdana Menteri tiba-tiba ‘petik’ angka hutang negara kini RM1 trilion?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Dr Mahathir bahawa hutang negara kini mencecah RM1 trilion dan ia memerlukan pelbagai langkah pemulihan dan penyelesaian menyeluruh.
Beliau dilaporkan berkata, kewangan negara dicabul dengan begitu besar sehingga kerajaan menghadapi masalah penyelesaian hutang yang meningkat kepada RM1 trilion, malah ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Membidas perkara berkenaan, Khairul berkata, pengumuman mengenai kadar semasa hutang negara itu seolah-olah mempunyai agenda tersirat.
“Adakah penasihat beliau (Dr Mahathir) gagal memberikan maklumat tepat atau ini sekadar helah politik supaya rakyat fikir kononnya kadar hutang negara meruncing kerana kepincangan tampuk pemerintahan kerajaan terdahulu?” katanya.

Jumlah hutang negara cecah paras RM1 trilion – PM

SUMBER : HMETRO ONLINE via http://buletinnetizen.com
Rupanya2 Khairul Azwan sebelum ini pernah menimbulkan kekecohan apabila membuat  laporan polis  terhadap tiga tokoh negara yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan

Khairul Azwan: Perkara buruk timpa PM jika saya tidak lapor polis

DIA JUGA RUPANYA PERNAH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP 3 TOKOH NEGARA, GANI PATAIL, ZETI AKTHAR AZIZ DAN ABU KASSIM MOHAMED. INI SEBABNYA YANG BUAT BELIAU MALU SENDIRI

PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jika laporan polis tidak dibuat terhadap tiga tokoh negara yang didakwa cuba menggulingkan kerajaan.
Khairul berkata menjadi tanggungjawabnya dalam Pemuda Umno untuk mematahkan sebarang percubaan dan komplot untuk menjatuhkan Najib.
“Menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan Datuk Seri Najib Razak atas kapasitinya sebagai perdana menteri, presiden Umno dan pengerusi BN.
“Tanpa laporan polis dibuat, sesuatu perkara buruk akan berlaku. Saya ingin memesan jika kamu menyerang Najib, bermakna kamu menyerang Umno dan BN.
“Dan apabila kamu menyerang Umno dan BN, kami akan bangkit membalas. Untuk itu kami pasti bertanggungjawab untuk mempertahankan Najib,” katanya pada satu sidang media di Akademik Kapten Hussein di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata laporan Khairul terhadap bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed hanya berdasarkan andaian, maka ia tidak akan disiasat.
Ketika ditanya wartawan sama ada cubaannya menyelamatkan Najib gagal apabila polis menutup kes itu, Khairul hanya menjawab, mungkin.
Bagaimanapun, Khairul berkata beliau menganggap laporan polis dibuatnya itu adalah satu kejayaan besar untuk menghalang percubaan menjatuhkan Najib.
Khairul dalam laporan polisnya sebelum ini mengesyaki tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi asing, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat tanpa kebenaran.
Khairul berkata beliau tidak akan membuat sebarang permohonan maaf ke atas ketiga-tiga tokoh tersebut.
“Never (tidak akan). Berdasarkan kenyataan polis itu kita anggap ia ‘Mexican Standoff” (tersekat),” katanya.
Azwan turut tidak bersetuju jika tindakannya itu dianggap sebagai ‘Kambing Hitam’ dalam Umno.
“Tidak setuju. Saya buat laporan itu atas kapasiti saya kerana dalam laporan polis itu sudah tertera nama saya. Jadi saya buat atas kerelaan sendiri,” katanya.
VIDEO:

sumber: malaysiakini via media2030





0 comments:

Post a Comment