[[[[>>> KELIK DI SINI UNTUK BACA <<<]]]]

Tuesday, May 29, 2018

Filled Under:

Sayu aku tengok gambar anak tidur dibawah troli tu. Ini gambar masa Ramadhan


Sayu aku tengok gambar anak tidur dibawah troli tu. Ini gambar masa Ramadhan tahun lepas. Beribu share bila aku tulis kisah anak ini menemani ibu ayah mencari rezeki.
Ramadan tahun ni pun sama juga kisah. Ramai peniaga jalanan bawa anak-anak teman mereka berniaga. Jika tidak, tiadalah persiapan untuk raya.
Ni kawan-kawan aku. Geng #Anak2Lorong786 yang gigih berniaga demi sesuap rezeki yang halal.
Bulan puasa, Jalan TAR adalah port mereka. Bulan puasa juga lubuk untuk mereka mencari modal seterusnya memulakan perniagaan baru selepas ini.
Ada yang berjaya beli lori, beli beberapa peralatan perniagaan yang lain disamping untuk persediaan raya. Ini tapak mereka bermula untuk menjadi peniaga yang lebih berjaya dimasa akan datang.
Mereka berniaga tanpa permit. Bukan tak nak ambil permit, tapi permitnya sangat limited. Hanya sedikit sahaja dikeluarkan sedangkan ramai peniaga mencari makan.
Permit pula biasanya dapat kat kroni-kroni terdekat dahulu. Maka kawan-kawan aku ini, terpaksa ‘Rambo’ untuk mencari rezeki.
Serangan dari DBKL bertali arus. Sehingga kini, sudah banyak tong dan troli disita. Kawan aku sendiri sudah empat yang dirampas.
Tong merah saja, satu dah setengah ribu. Kalau empat? Belum campur harga balang, harga troli dan kelengkapan lain lagi. Untung baru seringgit dua, ruginya beribu.
Pegawai DBKL tu tak salah. Mereka hanya jalankan tugas. Bila diarah, kena buat kerja.
Cuma orang di atas sana seolah tiada perasaan pula. Tuan, dalam Islam ni perang pun ditangguhkan. Negara-negara tengah berperang pun buat gencatan senjata sebagai tanda hormat bulan mulia.
Kalian pula berpadu tenaga menggempur anak-anak muda yang cuba mencari rezeki halal.
Bilamana tingginya jenayah ragut, rompak dan sebagainya, kalian salahkan masyarakat. Sedangkan bila mereka cuba berdikari dan cari rezeki halal, mereka disekat.
Sampai bila kitaran ini akan berterusan?
Kerajaan sudah bertukar tangan. Namun rampasan dan gempuran tidak pun berkurang.
Apa kata tuan bagi sahaja permit kepada mereka ini. Bagi permit dua minggu cukuplah memandangkan Ramadan pun bakal berakhir lebih kurang dua minggu lagi.
DBKL/kerajaan dapat income, mereka juga dapat cari makan.
Win-win situation kan?
Tolonglah pertimbangkan ya.
#MFS
– Sapot anak muda rajin usaha –





0 comments:

Post a Comment